Wednesday, June 24, 2020

KU JEJAKI BUMI MONTREAL, QUEBEC

17 Disember 2011
Alhamdulillah, lebih kurang jam 2 pm kami touch down at Montreal-Trudeau Airport. Beberapa prosedur yang kami perlu lalui seperti baggage check, security clearance, kastam dan lain-lain. Yang sedihnya...serunding, daging hitam dan sambal kering yang mak buat sangkut masa baggage check tu. Aduhai sedihnya la hai. Masa pergi Boston hari tu tak de la sangkut. Tak de rezeki la tu. Terasa teruja jugak masa keluar dari tempat arrival tu. Punya la ramai orang..tapi x de satu pun yang ku kenal...

Wednesday, January 11, 2012

GET TOGETHER

KLIA-FRANFURT-MONTREAL




16 Disember 2011
Akhirnya kami meninggalkan bumi Malaysia tercinta dengan seribu debaran di dada. Anakku Rabiatul teresak-esak nangis sebab tak nak pergi. Tapi apakan daya. Sampai bengkak-bengkak mata dia.
bye-bye semua..bye bye Malaysia....
Alhamdulillah kami selamat masuk di ruang menunggu sebelum masuk ke perut kapal terbang. Masa dok menunggu anak2 ku semua dah ngantuk sesangat. Termasuk la aku dan suami...Oleh kerana lambat lagi..dapat la kami lelapkan mata sekejap. Then kami selamat masuk ke dalam perut kapal terbang...mujur la kanak-kanak didahulukan untuk masuk...Abdul Rahman lena tidur, tak bangun2 pun dia. Senang sikit aku nak handle anak2 yang lain.
Kami dipecahkan dua bahagian..Rabiatul duduk ngan Daddy dia dan anak2 yang lain duduk dengan aku..
Alhamdulillah sepanjang perjalanan dari KLIA ke Franfurt berjalan dengan lancar. Anak-anak tak meragam..tido je. Mungkin sebab dah tengah malam dan dari siang tadi asyik main je ngan sepupu2 dia so masing2 dah penat dan ngantuk. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 13 jam cukup memenatkan. Entah kenapa ..tak banyak pulak gambar yang aku ambik. Mungkin sebab penat sangat kot so mata ni asyik layu je.
Setelah 13 jam di awan biru..alhamdulillah kami selamat sampai di Franfurt Airport. Anak-anak pun nampak dah segar sikit. Tapi baiasa la kadang-kadang naik angin gak aku. Sabar je la. Kami berada dalam 4 jam di airport ni sebelum connecting flight ke Montreal.
Airport ni tak de la sesesak Heathrow, London. Lepas je keluar kami sempat solat subuh dulu. Alhamdulillah bilik solat ada di sediakan di airport ni. Bilik ibadat untuk agama-agama lain juga disediakan secara bersebelahan.
bilik solat serta ruang wuduk disediakan di Franfurt Airport
anak-anak sempat bermain
sementara menunggu daddy
Kami bermusafir lebih kurang 4 jam di sini. Tapi tak banyak aktiviti atau sight seeing yang dapat aku lakukan. Oleh kerana kami sampai pada awal pagi maka counter untuk connecting flight tu tak buka pun lagi. Adalah kami tunggu lebih kurang 2 jam .Dalam tempoh tu..tau-tau la traveling dengan anak2 kecil..kadang2 mengundang amarah dihati. Sorang nak tu..sorang nak ni. Sorang penat..sorang nak duduk..sorang nak makan..sorang kuat mengusik..sorang tak boleh kena usik..fuhhhhhhh..sabar....
antara karenah anak-anak sepanjang menunggu kaunter Air Canada untuk connecting flight di buka....
Setelah lebih kurang 2 jam menunggu barulah tiket settle. So satu lagi prosedur iaitu body check-up. Yang ni punya la siksa. Semua dia nak periksa. Jacket, tali pinggang, beg, kasut semua kena check. Lama juga nak sudah dia periksa tu.
Then, sampai la kami di ruang menunggu sebelum nak masuk ke perut kapal terbang. Kena check ticket, pasport n visa. Orang punya la ramai. Mujur kaunter kami tu orang masih belum ramai lagi so cepat la sikit processnya.
Alamdulillah kami selamat masuk ke dalam kapal terbang. Kami orang pertama pulak tu yang disuruh masuk. Mungkin sebab dia orang tengok aku dan suami bawa 4 orang anak so bagi can la masuk dulu. Staff tu cakap mulut lagi ke kita orang suruh masuk dulu. Hihi..
Dalam kapal terbang, cakap French la pulak. Tapi mujur la boleh gak dia orang cakap English. Bila tiba time makan..dia orang kata Muslim food tak de. sepatutnya kena confirm ngan Air Canada dulu 24jam sebelum tarikh. So sepanjang perjalanan yang mengambil masa masa 8 jam ni kami jadi veggie...

Saturday, January 7, 2012

Kembara Bermula

16 Disember 2011

Hari ini merupakan tarikh penerbangangan kami ke Montreal, Canada.
InsyAllah kami akan menempuh 2 hari perjalanan termasuk 23 jam di atas udara.
MasyaAllah...satu tempoh yang sangat panjang. Mak, Abah, Adik Beradik, Anak-anak
buah serta keluarga mertua menghantar kami ke airport.

Bergambar sebelum kami check in.
wajah-wajah kesayangan hamba
Terasa di hati taktala kami perlu masuk ke balai berlepas dan lebih
terasa kesedihan ialah anak sulongku Rabiatul...i don't want to go mommy..i
don't want to go mommy......
bersalam-salaman sebelum kami berangkat.
Sedih terasa di hati meninggalkan orang2 tersayang

New Journey...

Assalammualaiku...
Lama dah blog ni tidak di update. Untuk ke kesekian kalinya aku, suami dan anak-anak meneruskan kembara di negeri asing. Here we come....Quebec..Canada. Segalanya serba baru....alhamdulillah pengalaman kami di Boston banyak mengajar kami menyesuaikan diri di sini. Semoga kembara ini peroleh berkat dan rahmat-Nya. Ameen...

Saturday, February 13, 2010

LAMA DAH TAK UPDATE BLOG NI

Assalammualaikum wrt.....

Lama dah tak update blog ni....malas pun ada...entoh ler...masa awal-awal dulu punye la semangat koi ni. La ni malas la pulak..tak pe lla nanti aku nak try upload sebanyak mana aktiviti yang aku lalui selama ni...

Saturday, September 19, 2009

EID MUBARAK 2009




Assalammualaikum wrt


Hari ini dah masuk tahun kedua aku menyambut aidilfitri du bumi Boston ni. Jauh dari keluara, sanak saudara dan rakan-rakan. Sedih gak mengingatinya tapi aku kena terus tabahkan hati ini. Sesungguhnya perancangan Allah Taala itu adalah sebaik-baiknya. Tapi tak pe lah INsyaAllah tahun depan aku dah boleh raya kat Malaysia dah.....alhamdulillah.


Dari kejauhan ini aku dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di mana saja anda berada. Terutama kepada mak dan abah di Bandar Tun Razak Cheras,KL dan keluarga mertua di Petaling Jaya. Adik beradik, sanak saudara dan rakan-rakan Universiti Teknologi Malaysia, SPACE UTM, Institut Perguruan Sultan Mizan dan di SK Betau Kuala LIpis.


Kepada mak dan abah, ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki akak dan keluarga harapkan dan kepada keluarga mertua kak long, along dan keluarga mohon ampun dan maaf jua dari hujung rambut ke hujung kaki. Hala;kan segala makan dan minum kami selama ini. Kepada Adik beradik dan sanak saudara kemaafan jua diminta dan kepada rakan-rakan seperjuangan aku mohon ampun dan maaf dan minta dihalalkan segalanya.




Allah SWT telah berfirman:

"dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

(Surah An-Nuur 24:22)



AKhir kata SALAM AIDILFITRI...

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List