Sunday, August 30, 2009

MERDEKA DAY


KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52

Friday, August 28, 2009

ANAK MURID AKU

copy paste kat sini

Murid tiru aksi tarzan mati terjerut tali buaian

KUALA LIPIS: Seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Betau, dekat sini, maut selepas lehernya terjerut tali buaian ketika mangsa dipercayai cuba meniru aksi ala tarzan di rumahnya di Kampung Samut, Sungai Koyan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang berketurunan Orang Asli suku kaum Semai, Batrim Baharum, 10, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat sesak nafas.

Ketika kejadian, bapa mangsa, Baharum Busu Kalai, 43, bersama seorang lagi anaknya sedang bermain bola sepak manakala isterinya pula bertemu bomoh untuk merawat anak bongsu mereka yang berusia lapan bulan kerana demam.

Mangsa dikatakan bermain seorang diri dalam rumah sebelum meniru aksi tarzan menggunakan tali buaian adik bongsunya

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata kejadian itu disedari bapa mangsa yang masuk ke dalam rumah dan terkejut apabila menemui mangsa tergantung dalam keadaan terkulai.Menurutnya, bapa mangsa kemudian memotong tali buaian itu dan cuba memberi bantuan pernafasan tetapi gagal sebelum menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lipis (HKL).

Katanya, hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian akibat sesak nafas.

Beliau berkata, siasatan mendapati, bapa mangsa tidak menyedari mangsa bermain seorang diri dalam rumah sebelum ditemui tergantung.

Masa aku layan facebook tadi, jiran aku bagitau ada kejadian berlaku kat sekolah aku dulu. Kalau tak silap aku murid ni aku pernah ngajar dulu tapi yang yang pasti abang dia memang murid kelas aku. Sedih gak bila baca berita ni. Harap ia boleh dijadikan teladan buat semua ibu bapa. Sesungguhnya malang tak berbau....kecelakaan bolah berlaku di mana-mana.

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK



Assalammualaikum wrt

Esok Saturday, August 22, 2009 bermulalah Ramadhan di bumi US ini.

Alhamdulillah, tahun ini kita masih dikurniakan kesempatan untuk menemui Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan diinsafi sebagai bulan yang harus dimanfaatkan oleh umat Islam seluruhnya bagi meningkatkan amal ibadat kepada Yang Maha Esa. Ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran lewat ayat 183 Surah Al-Baqarah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kami, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa..”

Daripada Uthman bin Abi al-‘As, telah bersabda Rasulullah SAW: “Puasa itu perisai, yang akan melindungi seseorang hamba daripada api neraka”. (Hadith)

Kepada umat Islam seluruhnya...selamat menjalani ibadah puasa....

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List