Sunday, September 28, 2008

RAMADHAN & IFTAR


Assalamualaikum wrt

Hari ni dah 26 ramadhan. Pengalaman melalui ibadah puasa di bumi US ini membuatkan aku lebih menghargai tanah tumpah darahku. Apa yang lebi penting ialah mempertingkatkan kualiti puasa itu agar ia lebih baik dari puasa yang lepas-lepas. Nak dapatkan makanan halal kat sini memang mudah. Daging, ayam, lamb etc tu tak de masalah. Ada 3 tempat yang aku biasa pergi. Al Barakah (owner dia dari Palestin), Quincy International Food (India or Pakistan) dan Mina Meat Halal (India). Jarak pun tak jauh sangat dalam 5-10 minit je naik kereta. Nak dapatkan barang-barang Malaysia pun mudah. Ada satu supermarket nama dia Kam Man Food. Dia jual banyak produk dari Asia. Nak dapatkan ikan n udang kat sini ler. Kalau nak dapatkan serai, lengkuas, daun pandan, daun pisang, ikan masin dan macam-macam lagi la, datang la kat sini. Insya Allah ada punya........

Ibadah puasa di sini macam juga di negara-negara lain. Aku selalu juga g iftar kat luar. Tempat yang aku selalu pergi ialah di Quincy Mosque. Ada acara berbuka puasa kat situ. Ramai juga umat Islam yang datang kat sini untuk berbuka puasa together. Giliran sponsor makanan ni terbuka kepada sesiapa saja yang bermurah hati. Sepanjang ramadhan penuh lengkap ngan acara iftar. Ada la jugak 6-7 kali aku datang sini. Makanannya pun sedap-sedap. Lain la sikit daripada yang aku selalu masak. Rasa-rasa kalau aku tak de mood nak masak aku ikut la suami aku makan kat sini. Selain dari tu aku pergi Iftar kat Malaysian group kat Natick. Rumah kak Sairah. Ramai la orang malaysia yang datang sini. Dapatla aku makan ayam percik kelantan kak Sairah buat...yummy...yummy...solok lada, ayam masak lemak cili api, teh tarik dan macam-macam lagi. Satu lagi Iftar yang aku pergi, aku ikut group Indonesian, Malaysian dan Interational. Sekali hari tu buat kat umah Mbah Rina ( lupa lak nama tempat tu) dan satu lagi kami punya turn untuk sponsor Iftar di Masjid Burlington, Burlington. Itu la antara acara yang aku lalui sepanjang ramadhan ni and yang lebih tu aku iftar kat umah je 500a Falls Blvd, Apt 1134 QUincy MA 02169. 

Wednesday, September 3, 2008

HARI PERSEKOLAHAN 2008-2009

Hari ini hari pertama anak aku bersekolah di bumi US ni. Aku dan suami masukkan dia di Mutanafisun Academy School, 470 South Street, Quincy kat Masjid Quincy, Sekolah ni jenis Islamic private school dan kami mengharapkan agar anak aku dapat menguasai bahasa arab dan inggeris sekali gus. Dengan harapan dia dapat memahami dan menguasai bahas Al-Quran. Itu tujuan utama kami di samping tu aku mengharapkan agar anak aku dapat membesar dikelilingi oleh masyarakat islam dari pelbagai negara yang penuh dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Insya Allah. Walaupun bayaran dia mahal sikit tapi aku rasakan ini semua berbaloi demi masa depan dia. Bukan aku tak nak masukkan dia di public school tapi aku dan suami agak takut dengan perkembangan anak-anak lebih-lebih lagi di US ni. Rasanya kalau tengok kat tv pun dah tahu......apa lagi aku yang tengok depan mata aku......takut gak.......

Tadi aku hantar dia g sekolah ok gak. Tak lah menangis bila sampai kat sana. Elok je masuk dan cikgu dia Sister Hether (black America) suruh aku tinggal je kan dia. Aku tunggu kat luar jap kot-kot dengar dia nangis tapi alhamdulillah berjaya.

Ingat lagi masa kat Lipis aku masukkan dia kat tadika Islam kat Masjid Lipis...... ala atas bukit tu, nak seminggu gak dia nangis. Suami aku la sian nya empat hari dok teman dia dalam kelas. Keluar sikit walaupun g kat ruang depan tu dah dengar suara dia nangis. Satu hari tu aku lak ganti suami aku tunggu dia...aku lak yang kena teman dia dalam kelas. Tapi aku lari gak ke ruang depan sekolah tu...biar je dia nangis....kejap-kejap aku intai la dia. Ok la jap. Bila cikgu tanya dia boleh jawap. Aku ingat lagi masa aku tunggu kat luar kelas dia cikgu tanya "kenapa kita kena basuh tangan" anak aku jawap 'takut tangan kita ada kuman"..."pandai Rabiatul". Bangga aku......Minggu ke-2 dia sekolah, kak idah kakak angkat yang jaga anak-anak aku waktu aku sekolah lak amik peranan. Dia cakap hantar je dia g sekolah sendiri biar naik bas sendiri. Nanti kawan-kawan dia turun pandai la dia turun. Kalau ada mama dan ayah dia memang la macam tu....manja. Waktu pagi kak Idah hantar dia naik bas sendiri. Ok la pulak...tak tau la kak idah ni ada baca-baca kot. Lastly, anak aku dah suka g sekolah. Tima kasih buat cikgu Zaidah dan Cikgu Farahah sebab bersabar jaga anak aku. Tak lupa juga pada Abang Osman Ali (bawa bas) sebab sudi tengokkan anak aku. Ingat lagi aku bila aku jumpa Cikgu Zaidah nak inform dia last day anak aku sekolah....dia cakap "Rabiatul ada bagitahu saya yang dia nak pindah g Boston, saya ingatkan dia silap cakap...mungkin pergi Bota (perak) kot....lorr rupa-rupanya betul dia nak g Boston" Tergelak gak aku....anak.....anak.....

Monday, September 1, 2008

RAMADHAN MUBARAK

Assalammualaikum.wrt....

Hari ini merupakan satu ramadhan di bumi US ni. Maknanya kat Malaysia tengah tunggu waktu nak berbuka la ni bestnya........Hari ni hari pertama aku melalui ramadhan di rantau orang. Jauh dari keluarga dan sanak saudara. Sebelum ni pun jauh gak dari mak abah dan keluarga mertua aku. Tapi tak de lah jauh sangat setakat 3 jam je dari Lipis. Tapi tak pe la kan, kat mana-mana pun sama......tapi kekadang kerinduan itu tetap ada....sayunya hatiku ini.

Kat Lipis mesti ada Pasar Ramadhan. Sure sama ngan ramadhan lepas. Meriah punya....murtabak, ayam percik, ikan bakar, air tebu, sendol ngan macam-macam lagi. Kat Bandar Tun Razak dan PJ pun mestu sama gak. Ramadhan ni melepaslah aku nak merasa semua makanan tu. Tapi tak pe lakan sabar........Aku citer sikit pasal perbezaan waktu imsak dan berbuka kat sini. Perbezaannya dari Malaysia, kat sini fajr dia makin lewat dan maghrib makin awal. Misalnya 1 ramadan ni fajr pukul 4.50 dan maghrib kul 7.18 dan 30 ramadan nanti fajr pukul 5.25am, maghrib kul 6.27pm. Maknanya tempoh puasa tu makin pendek. Aku rasa itu je la yang aku boleh cite setakat ni nanti aku cite lagi ya. So sempena ramadhan yang mulia kita dapat bersama-sama menghayati ibadah puasa kita semoga ia lebih baik dan bertambah baik dari bulan ramadhan kita yang lepas-lepas.

Hadith:
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda "Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu-pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat"

(Bukhari & Muslim)

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List