Tuesday, July 28, 2009

HAPPY BIRTHDAY, SITI KHADIJAH MAISARAH

Assalammualaikum

Semalam July 27, 2009 genaplah 2 tahun usia khadijah. Rasanya seperti baru semalam aku bersalin kan khadijah. Begitu pantas masa berlalu tanpa aku sedari.....sedar tak sedar dah masuk 2 tahun dah anak aku ni. Khadijah anak ketiga aku bersalinkan secara C-Section. Aku siap mintak ngan doktor OBGyn aku DR Norkedah (Doc kat Pusrawi) agar aku boleh operate pada tarkh sekian sekian. Fikir punya fikir lastly aku pilih tarikh 27072007. Senang gak ingat nombor tu kan.

Khadijah masa umur dia 6 bulan. Posing dalam kapal terbang dalam perjalanan ke New York. Duduk dalam kapal terbang lebih kurang 23 jam...alhamdulillah tak meragam


Khadijah (6 bulan ) masa sampai kat Marriot Hotel & Spa, New Jersey, New York. Pertama kali rasa betapa sejuknya winter. Kami sampai masa ni dah penghujung winter




Birthday Party masa genap umur setahun



Snow storm masa umur khadijah 1 tahun 4 bulan. Suka betul dia main snow...sampai tak nak masuk rumah la. Rasanya tahan anak aku dari aku...bila main snow ni


Khadijah umur 1 tahun 4 bulan asyik bermain snow. Kalau jumpa snow sampai tak mau masuk rumah...


Khadijah masa umur 1 tahun 6 bulan. Fall 2008


Pelbagai aksi khadijah...besar dah anak aku ni....Cepat betul masa berlalu


Sempena genap umur 2 tahun anak aku Khadijah tiada apa yang aku harapkan cuma aku berharap agar anak aku dapat membesar seperti anak-anak yang lain, penuh kasih sayang dan belaian manja . Moga jadi anak yang solehah, mendapat keberkatan dunia dan akhirat dan menjadi kebanggaan keluarga. Semoga satu hari nanti dikau dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara. Amin....i'm so proud of you.....

Sunday, July 19, 2009

SOUTH SHORE HOSPITAL, WEYMOUTH




Assalammualaikum wrt


Semalam sedang kami makan-makan depan tv entah macamana Khadijah terlanggar kaki aku terus terhantuk mulut and hidung dia kat tepi meja. Darah punya la banyak keluar. Punyalah kuat dia menangis....sambil pegang mulut dia. Aku amik kain terus tekan bibir dia. Mujurlah suami aku belum g masjid, kalau tak sure panik satu badan aku. Sambil darah yang terus mengalir aku tekan-tekan lagi bibir dia. Darah keluar dari bibir, gigi dan hidung so suami aku cakap kita gi bawa je ke hospital. Takut gak sebeb darah pekat kuar dari hidung dia.

Hakim yang tengah tidur aku kejutkan, tukar baju aku jap..(anak-anak pakai pyjamas je...tak sempat nak tukar) . Kami terus ke South Shore Hospital, Weymouth dalam 10 minit dari rumah aku. Sampai je sana terus register kat Emergency. Punyalah banyak soalan yang dia tanya...tapi alhamdulillah khadijah dah berhenti menangis masa tu.






Masa baru-baru sampai kat hospital ni. Bengkak dah bibir dia. Mata pun bengkak gak sebab lama sangat menangis



Lepas ambil tekanan darah, temperature dan macam2 lagi so sementara nak tunngu doktor datang apalagi sessi mewarna dulu lah. Kakak dan Hakim pun tumpang sekaki


Khadijah masa kat bilik kecemasan Shouth Shore Hospital, Weymouth


Tengak maka apa tu Khadijah...sedapnyer.



ooooo...pop sicle ya sedapnyer.


ps : doktor bagi makan pop sicle untuk menghentikan pendarahan. Kat sini doktor memang menyarankan jika anak-anak deman, selesema, batuk, cirit birit etc supaya makan pop sicle. Pop sicle ni sejenis ais cream non sugar dan memang sesuai untuk memberi tenaga untuk anak-anak yang kurang sihat.



tanda nama dia sebelum masuk wad kecemasan...khadijah..khadijah...buat mama panic satu badan je



Dalam pukul 10.00pm semua urusan selesai. ALhamdulillah doktor cakap tak de apa-apa yang perlu dirisaukan. Hidung pun tak patah, bibir luka sikit. Tapi kecederaan dalaman tak de. Doktor bagi tynenol dan boleh balik dah. Alhamdulillah

Sampai ke kat rumah, suami aku terus alihkan meja kat living room. Alhamdulillah masa kat rumah khadijah masih meneruskan keaktifan dia....kacau abang dia, kacau kakak dia, lari sana..lari sini...anak-anak...
p/s : buat mak kat cheras dan pj...kalau baca ni jangan risau ya. Alhamdulillah semua dah ok

Sunday, July 5, 2009

4TH OF JULY, INDEPENDENCE DAY




Assalammualaikum wrt

Semalam sku dan family berkesempatan ke Castle Island untuk tengok fireworks sempena Independence Day kat US ni. Kalau nak tahu lebih lanjut ni link dia : http://www.history.com/content/fourthofjuly/history-of-july-4th/history-of-july-4th . Kira macam hari Kemerdekaan la jugak. Kami ke Castle Island je sebab tak lah sesak sangat dari ke DOwntown Boston. Kalau ke downtown, jalan sesak, tak de parking. Bawa anak-anak lak tu. payah......


Dalam pukul 6.30 petang aku gerak dari rumah dan ambil masa dalam 15 minit je tempat tersebut. Oleh kerana dah nak masuk summer ni, matahari lewat terbenamnya so dapat lah aku bawa anak-anak aku ke playground dulu. Maghrib pulak dalam pukul 8.30 malam so kami sembahyang kat sana je. Rasanya bila duduk sini, kami sembahyang je kat mana-mana tempat. Tak kiralah ramai orang ke tidak yang penting amalan wajib kena buat gak. Wajib......


Kami pergi dalam 3 family. Dua family tu dari indonesia tapi agak rapat gak ngan family aku. Duduk kat sana, anak-anak berlari bebas, mama dan ayah bersembang-sembang dan yang penting sementara tunggu fireworks tu kami makan-makan dulu.



sampai je..terus ke playground dulu
(suamiku, rabiatul, mona n khadijah)


dok ready nak tengok fireworks




suami aku tengah serius ni...nampak tak dah ada bulan kat belakang tu

solat maghrib dulu



lepas makan-makan lepak jap sementara tunggu fireworks




ceria masing-masing tengok fireworks

yang paling excited tentu la anak-anak..

siap family photo lagi.....kenang-kenangan..

.

kesesakkan lalu lintas semasa perjalanan pulang


alhamdulillah selamat sampai rumah...ini 1st time puang selewat ni 23.30pm



EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List