Sunday, May 24, 2009

Lobster Oh Lobster

Assalammualaikum wrt

Alhamdulillah, aku berkesempatan sekali lagi untuk makan lobster. Mak ai .....sodap nyo..... Tapi macam biasanya sebab ni dah kali kedua aku makan takde la rasa excited sesangat. Tapi still sedap nyer....

Kebetulan di Shaws jual lobster murah lebih kurang USD 4.99/ lbs. Kira ok gak la sebab sebelum ni harga nya lebih kurang USD7.99/lbs. Kami beli la 4 ekor dalam USD32. Tapi malangnya kat shaws ni tempat untuk boil lobster tu rosak so aku kena boil sendiri kat rumah. Hidup-hidup lak tu. Pehhhhh boleh ke aku ni??????? mencabar gak ni...


Lobster yang baru di beli (hidup lagi ni)

Baik-baik bang...kang melompat lobster tu..


Suami aku la jadi mangsa, jadi cheff hari ni masak lobster. Susah nak tengok pemandangan yang saujana mata memandang ni. hahaha. Jangan marah bang......

Lobster perlu di rebus di dalam air yang sedang mendidih. Baca bismillah dan rendam bahagian kepalanya dulu.......

Selepas direbus dalam 1 jam 30 minit begini lah rupa bentuknya. Kemerah-merahan



Khadijah sempat possing ngan lobster tu. Tapi dari jauh je kalau suruh dia pegang takut.....Jagung tu pulak nampak sedap kan, 12 batang USD 1.99

Tersenyum girang sambil makan lobster....sambil cicah ngan butter..la la la, yang makan pun we all 2 orang je. Anak-anak tak makan


suami aku tengak ajar anak-anaknya supaya tidak takut pada lobster. Kakak dah ok dah....hakim tengah ready nak lari tu.....takut....



Ini lah pengalaman aku makan lobster .....

Saturday, May 23, 2009

FINALLY.....SHE CHOOSED TO BE A MUSLIM

Assalammualaikum wrt

Hari ini aku berkesempatan hadir ke Quincy Mosque sempena meraikan PengIslamanan teman aku Bozena Andruskev Agwa. Di bawah anjuran Quincy Mosque ramai community Islam yang berada di sekitar QUincy hadir sempena meraikan dua orang sisters yang baru sahaja mengucap dua kalimah syahadah. MasyaAllah....alhamdulillah. May Allah give them and all muslims Jannah and May Allah guide her and all of us in His straight path. Amin.


Aku nak cerita sedikit tentang teman aku ni Bozena. Sebenarnya dia sudah berkhawin selama 9 taun dengan suami yang berasal dari Egyp dan mempunyai 2 orang. Berasal dari Lithuania iaitu sebahagian dari Rusia. Berkahwin dengan seorang suami yang beragama Islam. Sepanjang perkawinan itu Bozena mengamalkan cara hidup Islam. Makan makanan halal, mengikut majlis2 ilmu yang dianjurkan di masjid, menutup aurat, memberikan galakkan kepada anak2nya belajar dan mendalami ilmu Islam, belajar mengaji Al QUran dan lain2 lagi sebagaimana yang dilakukan semua orang Islam kecuali mengucap dua kalimah syaadah. Masya Allah


Dengan taufiq dan hidayah dari Allah Subhanawataala akhirnya tanggal 20 May 2009 temanku ini mengucap dua kalimah Syahadah di Masjid Quincy. Alhamdulillah. Dia menyampaikan sendiri pada aku dan hilang terus kata-kata aku melainkan mengucapkan syukur pada Allah...alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Temanku ini bagitau pada tarikh tu hati dia berdebar-debar dan berbisik i have to make it now...i have to make it now. Alhamdulillah.

Seorang lagi sister, Sister Betty pula menceritakan yang dia yang bertugas di sebuah hospital dan berkenalan dengan seorang doktor yang beragama Islam. Dia selalu tengok doktor ni solat. Satu hari dia bertanyakan tentang Islam. Hasil dari tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan oleh doktor dan isterinya akhirnya hatinya terbuka untuk mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulillah


Sister Bozena dan Sister Betty memotong kek


Antara sisters yang hadir pada majlis tersebut



Foto kenangan bersama Sr Betty, Sr Jelena, Aku, Sr Ades & Sr Bozena


Mendengar pengalaman yang dari sister-sister yang telah memeluk ini banyak menyedarkan aku tentang betapa kurangnya ilmu aku berbanding dengan mereka. Mendengar pengalaman dari sister Shanda warga black america yang memeluk islam sejak berumur 16 tahun, sister Khaleda berasal dari Jamaica dan berhijrah ke UK dan sekarang menetap di US dan sister Dianne seorang warga US yang memeluk Islam 25 tahun yang lalu. Betapa lebihnya ilmu mereka, cara hidup mereka, cara mereka berpakaian, usaha-usaha yang mereka lakukan bagi membantu community Islam keseluruhannya. Subhanallah. Adakah aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu, sebagai seorang anak, sebagai seorang adik, kakak ..sebagai seorang saudara, sebagai seorang teman dan apa yang lebih penting adakah aku menjalankan tanggungawab aku sebagai seorang muslim....Ya Allah berikan aku kekuatan, aku mengarapkan taufiq dan hidayaMU Ya Allah agar menjadikan aku seorang muslim yang sebenar-benarnya ya Allah.

Thursday, May 21, 2009

IKAN OH IKAN

Assalammualaikum wrt


Pagi ni my hubby cakap dia nak cuti. Nape....? Abang nak g mancing. Ha...mancing....terkejut gak aku. Rasanya dah nak masuk 9 tahun kami kahwin baru kali ni aku dengar my hubby nak g mancing. So aku kata pergi je la. Dah lama dah kita tak makan ikan...Insya Allah nanti dapat la ikan. So my hubby cakap jangan harap sangat...kang dapat ikan kat Roche Bros je kan.....hahaha aku galak je tanpa meletakkan sebarang harapan yang suami aku ni akan berjaya dapat ikan. Pukul 7 am sebelum aku hantar Rabiatul pergi sekolah, aku hantar suami aku dulu ke rumah kawan dia. Destinasi memancing mereka ialah ke Cape Cod. Lebih kurang 1jam 30 minit dari Braintree.

semangat waja my hubby nak tangkap ikan ni...kul 6.13am tu......
dalam pukul 7.30 pm suami aku sampai rumah bersama hasil-hasil tangkapannya...jeng...jeng....jeng....layan....

dari pukul 7am takkan seekor je bang.....


ooooooo...3 ekor...tak sia-sia lah dari 7am...sebulan hari-hari masak lauk ikan je ni...


kakak relax..sambil urut2 ikan tu.....hakim & khadijah usha dari jauh ... takut..besar sangat la mommy

pertama kali anak aku tengok ikan besar depan mata


lupa lak nak bagitau. Ikan ni nama dia Blue Fish. Kalau kat malaysia apa nama ikan ni ya? Takkan ikan biru kot....tak penah dengar la pulak


Saturday, May 16, 2009

GURU DITINDAS PPSMI

copy n paste disini

Begitu tersentuh apabila Dinsman mengutarakan artikelnya yang bertajuk "Menunggu guru bersama budayawan bantah PPSMI". Aku bukanlah seorang guru bahasa yang boleh mengetik susunan dan laras bahasa yang sesuai.Aku hanya guru biasa yang berada jauh di ceruk mata masyarakat. Memang aku, mewakili sebahagian guru yang hanya mampu menahan amarah, bila mana kelihatan "bacul" menunggu orang lain melontarkan masalah kami untuk diselesaikan.


Mengapa "bacul" lebih sesuai untuk kami. Secara praktikalnya, kami guru-guru Malaysia telah lama dan mungkin akan selama-lamanya dimomokkan oleh penguasa yang sedia ada. Macam-macam ancaman dan pekeliling telah membelenggu kami.

Tidak cukup dibelenggu dengan segala macam momokan, bebanan tugas dari masa kesemasa disuap sehingga tersengkak tak terkuasa untuk digalas. Bagaikan guru ini adalah "super power" yang boleh menyelesaikan kesemua permasalan dunia ini. Masyarakat tidak mempunyai nilai, lalu matapelajaran Sivik dan Kenegaraan diperkenalkan.

Bila kuantiti moral masyarakat merudum maka ada ura-ura untuk mewajibkan semua pelajar mempelajari Pendidikan Moral. Apabila berlaku kes penculikan kanak-kanak maka akan diperkenalkan pula sistem pembelajaran sehingga jam empat petang.


Guru-guru terseksa
Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini membawa buku-buku anak murid untuk diperiksa di rumah. Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini balik ke rumah pada jam dua petang dan kembali semula ke sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum, tuisyen dalaman yang tidak berbayar, menceriakan sekolah, membuat laporan itu dan ini untuk pentadbiran dan jabatan, menjaga pelajar selama 24 jam sebagai warden yang melayan kerenah 300 ke 500 pelajar (ibu bapa sendiri pun tak bersama 24 jam),dan macam-macam kerja lagi yang kalau diperincikan maka akan terpacul masyarakat berkata kami ini terlalu berkira.

Sudah menjadi satu macam sumpahan kepada kami, bahawa penguasa bila-bila masa boleh mencabut rezeki kami. Takut benar kami bila mendengar Ulu Tembeling, Lembah Danum dan segala macam tempat yang tidak pernah terlintas dalam pendengaran kami. Kami telah begitu lama diancam sebegini.

Pantang mendengar sedikit sahaja berita bahawa kami tidak sesekutu dengan pentadbiran maka macam-macamlah di buatnya. Pentadbir yang dilantik untuk menjilat ludah penguasa, menjadi mata dan telinga walau penjilat-penjilat ini pekak dan buta, dengan rakus menunggu masa untuk menghukum sesiapa sahaja. Surat tunjuk sebab, dipindahkan 24 jam, diburu seperti pesalah, sehinggakan sudah mengandung lapan bulan pun gambar diambil kerana duduk semasa mengajar dan dipaparkan dalam mesyuarat atau perkembangan staf. Bertambah teruk lagi kesalahan tersebut diulang tayang walaupun anak yang dikandung telah berusia dua tahun. Hendak bersuara secara lantang pun kami terpaksa berfikir-fikir.


Hubungan masyarakat pun kian meruncing!

Sudahlah di sekolah begitu, berada dalam masyarakat pun apa kurangnya, pantang kita duduk bermuzakarah isu semasa yang menjentik batang hidung penguasa, maka berdedailah maklumat sampai ke sekolah, jabatan dan malahan ke kementerian. Mengatakan diri kami ini tidak sedar diuntung.

Sudah diberi gaji mahu memberontak pula. Mengharapkan kesatuan-kesatuan guru mereka samalah seperti kami, terpaksa berteluku lutut di bawah telunjuk penguasa, cakap lebih-lebih nanti tindakan akan menjelma.

Kami bukan macam doktor, yang boleh meletak jawatan kerana diarahkan ke kawasan pendalaman, lalu dipujuk semula dengan macam-macam insentif. Itu belum dikira para doktor yang membuat locum (bayaran puluhan hingga ratusan ringgit sejam) dan memiliki klinik persendirian. "Kalau Makcik nak sihat lagi bolehlah datang ke klinik nie ye makcik". Lalu menghulurkan sekeping kad nama. Terpukul betul bila mendengar kata-kata tersebut. Kami guru-guru, nak buat tuisyen kat rumah dengan untung RM20 untuk satu sesi pun dihalang bagai nak rak. Yang dengki sangat pada kami ni apasal?

Akhirnya kami memencilkan diri sehingga kami boleh diinjak-injak tanpa rasa hormat. Menjadi "bacul" bertaraf profersional. Bagi kami, yang seperti sudah putus harap ini, biarlah orang lain melaungkan perasaan kami ini. Laungkanlah supaya si Dr tua itu dengar akan keperitan masyarakat.

Kalaulah penguasa itu hendak meneruskan PPSMI biarkan dia, kami tetap akan mengajar dalam Bahasa Melayu. Kami berlapang dada menjemput penguasa itu datang mencemar duli untuk datang ke sekolah pinggir bandar dan lihat sendiri kebanggaan yang diwar-warkan peratusan Lulus Peperiksaan Awam bagi matematik dan sains meningkat.

Guru-guru dah lama lawan PPSMI Sebenarnya kami sudah lama menentang PPSMI semenjak awal lagi, tapi dengan cara kami. Terima kasih kepada GMP dan seluruh rakyat yang masih mengasihani nasib anak-anak bangsa kita.


GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia,
Berikrar & berjanji,
Membimbing & mendidik,
Putera puteri negara kita,
Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun Negara kita,
Panduan hidup kami semua,
Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu, membina,
Negara yang tercinta,
Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.


Aku juga termasuk dalam golongan ni. Aku tidak bersetuju dengan PPSMI. Aku sempat mengikut kursus orentasi Kurikulum Matematik Tahun 6 dan Kursus profesionalism Enhancement Peringkat Negeri Pahang (Daerah Lipis) 2007 selama 3 minggu. Walaupun banyak input yang diperolehi tapi ia belum mencukupi untuk kami mengajar ppsmi ini. Sekarang ini aku dengar kursus ppsmi yang aku ambil haritu merupakan kursus yang terakhir. Lepas ni cikgu2 baru tidak lagi berpeluang untuk ambil kursus ni. Sekarang kurus ni diadakan secara 'inhouse tranning' je.

Pengalaman aku mengajar di sekolah pendalaman iaitu murid orang asli amat memberi pengalaman dan pengajaran buat aku. Terlalu susah dan payah sekali mereka untuk memahami butir pengajaran yang disampaikan. Kasihan sungguh mereka. Bahasa Malaysia pun mereka belum faham ini ditambahkan pula dengan bahasa inggeris untuk matapelajaran sains dan matematik. Nampak sungguh mereka tidak bersedia untuk PPSMI ini. Apa yang aku harapkan agar pihak-pihak yang terbabit dapat memikirkan perkara ini dan teruskan menghapuskan PPSMI.

SELAMAT HARI GURU

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sempena hari Guru ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua golongan pendidik terutama buat semua guru-guru yang pernah mengajar aku di Sekolah Rendah Mejar Jenderal Dato Ibrahim, Kem Semenggo Kuching Sarawak, Sekolah Menengah Kerajaan Sg Tapang, Kuching Sarawak dan Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang. Rakan-rakan aku semasa di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu (2006) dan di Sekolah Kebangsaan Betau, Kuala Lipis, Pahang. Juga kepada keseluruhan guru-guru di mana saja anda berada.


GURU OH GURU - Datuk Usman Awang (1979)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Tuesday, May 5, 2009

SPRING BREAK

Assalammualaikum wrt

Minggu (20-26 april 2009) ni Spring Break selama 1 minggu. So rehatlah aku selama seminggu dari hantar dan ambil anak aku dari sekolah. Sempena sring break ni aku daftar anak aku Rabiatul ke swimming class di YMCA Quincy. Biar dia belajar berenang nanti boleh lah dia berenang atau ajar aku berenang. Kelas dia selama 1 jam setiap hari selama seminggu. Member aku Ades masukkan anak dia sekali so aku tumpang Rabiatul pergi dengan dia je la. AKu jaga anak dia dan anak aku kat rumah. Bayaran sebanyak USD15. Kira murah la gak. So ada gak aktiviti dia sempena cuti sekolah ni.




Sunday, May 3, 2009

LAUNDRY

Assalammualaikum wrt

Entah macam mana masa aku tengah basuh kain dalam washing machine tiba-tiba bunyi kuat dari dalam laundry closet aku. Rupa-rupanya bearing untuk washer dah rosak. Pehhhh rasanya baru je pindah masuk umah ni washer dah rosak. Problem gak ni.

Satu minggu tak basuh baju...punya lah banyak. Masing-masing pakai baju 2-3 lapis sehari campur ngan 2 helai seluar lagi . Kalau diikutkan 2-3 + 2 darab ngan 5 orang dalam rumah ni mau nya jadi lebih kurang 25 helai sehari. Payah juga ni.....

Nak beli mesin basuh kena tanya owner rumah dulu....kalau beri green light baru boleh beli. Sementara tunggu green light tu aku pergi lah basuh kat Laundrymat dekat Washington Street.


Di sini disediakan perkhidmatan membasuh pakaian secara self service. Ada washer dan dryer. Sabun, blench and softener kena bawa sendiri. Untuk washer yang extra load kena charge $7.50 untuk sekali basuh. Ada pelbagai size dan pelbagai harga. Makin besar makin mahal. AKu pakai 2 washer kena $15.oo. Mujur dryer aku masih elok maknanya lepas spin tu aku angkut semula bawa balik untuk keringkan.








Tiga minggu juga aku laundry pakaian aku sekeluarga kat sini. Tapi alhamdulillah aku dah beli washer dan dryer baru. So aku kena jaga baik-baik benda ni supaya tak jahaman lagi....hahaha. Ganas gak aku ni.......sabo je la.....
Pakaian aku yang berusia seminggu

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List