Saturday, May 23, 2009

FINALLY.....SHE CHOOSED TO BE A MUSLIM

Assalammualaikum wrt

Hari ini aku berkesempatan hadir ke Quincy Mosque sempena meraikan PengIslamanan teman aku Bozena Andruskev Agwa. Di bawah anjuran Quincy Mosque ramai community Islam yang berada di sekitar QUincy hadir sempena meraikan dua orang sisters yang baru sahaja mengucap dua kalimah syahadah. MasyaAllah....alhamdulillah. May Allah give them and all muslims Jannah and May Allah guide her and all of us in His straight path. Amin.


Aku nak cerita sedikit tentang teman aku ni Bozena. Sebenarnya dia sudah berkhawin selama 9 taun dengan suami yang berasal dari Egyp dan mempunyai 2 orang. Berasal dari Lithuania iaitu sebahagian dari Rusia. Berkahwin dengan seorang suami yang beragama Islam. Sepanjang perkawinan itu Bozena mengamalkan cara hidup Islam. Makan makanan halal, mengikut majlis2 ilmu yang dianjurkan di masjid, menutup aurat, memberikan galakkan kepada anak2nya belajar dan mendalami ilmu Islam, belajar mengaji Al QUran dan lain2 lagi sebagaimana yang dilakukan semua orang Islam kecuali mengucap dua kalimah syaadah. Masya Allah


Dengan taufiq dan hidayah dari Allah Subhanawataala akhirnya tanggal 20 May 2009 temanku ini mengucap dua kalimah Syahadah di Masjid Quincy. Alhamdulillah. Dia menyampaikan sendiri pada aku dan hilang terus kata-kata aku melainkan mengucapkan syukur pada Allah...alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah. Temanku ini bagitau pada tarikh tu hati dia berdebar-debar dan berbisik i have to make it now...i have to make it now. Alhamdulillah.

Seorang lagi sister, Sister Betty pula menceritakan yang dia yang bertugas di sebuah hospital dan berkenalan dengan seorang doktor yang beragama Islam. Dia selalu tengok doktor ni solat. Satu hari dia bertanyakan tentang Islam. Hasil dari tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan oleh doktor dan isterinya akhirnya hatinya terbuka untuk mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulillah


Sister Bozena dan Sister Betty memotong kek


Antara sisters yang hadir pada majlis tersebut



Foto kenangan bersama Sr Betty, Sr Jelena, Aku, Sr Ades & Sr Bozena


Mendengar pengalaman yang dari sister-sister yang telah memeluk ini banyak menyedarkan aku tentang betapa kurangnya ilmu aku berbanding dengan mereka. Mendengar pengalaman dari sister Shanda warga black america yang memeluk islam sejak berumur 16 tahun, sister Khaleda berasal dari Jamaica dan berhijrah ke UK dan sekarang menetap di US dan sister Dianne seorang warga US yang memeluk Islam 25 tahun yang lalu. Betapa lebihnya ilmu mereka, cara hidup mereka, cara mereka berpakaian, usaha-usaha yang mereka lakukan bagi membantu community Islam keseluruhannya. Subhanallah. Adakah aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu, sebagai seorang anak, sebagai seorang adik, kakak ..sebagai seorang saudara, sebagai seorang teman dan apa yang lebih penting adakah aku menjalankan tanggungawab aku sebagai seorang muslim....Ya Allah berikan aku kekuatan, aku mengarapkan taufiq dan hidayaMU Ya Allah agar menjadikan aku seorang muslim yang sebenar-benarnya ya Allah.

1 comment:

hai said...

Salam ziarah..
Saya rasa org yang baru masuk Islam ni mmg lebih Islam pada org yg Islam keturunan.Sebab saya pun ada kwn mualaf yg sangat baik pemahaman Islamnya.

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List