Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sempena hari Guru ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua golongan pendidik terutama buat semua guru-guru yang pernah mengajar aku di Sekolah Rendah Mejar Jenderal Dato Ibrahim, Kem Semenggo Kuching Sarawak, Sekolah Menengah Kerajaan Sg Tapang, Kuching Sarawak dan Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang. Rakan-rakan aku semasa di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut Terengganu (2006) dan di Sekolah Kebangsaan Betau, Kuala Lipis, Pahang. Juga kepada keseluruhan guru-guru di mana saja anda berada.


GURU OH GURU - Datuk Usman Awang (1979)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

No comments:

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List