Tuesday, December 9, 2008

EID UL ADHA 1429H

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Walillahilhamd



hidup ini penuh pengorbanan..semoga di permudahkan oleh Nya.....amin
Terasa ingin sekali melihat rumah Allah yang agung lagi suci itu....semoga aku dan keluarga diberi kesempatan menjadi tetamu di sana suatu hari nanti....amin

Eid Mubarak pada semua yang mengenali aku dan keluarga. 

Ini kali pertama aku dan kluarga sambut eid korban kat sini.
 
Macam biasa aku masak rendang ayam, nasi impit, dan masak lodehn. Pagi ni suami aku g solat kat ICNE Quicy dulu. Kami duduk kat umah je dulu sebab pagi sangat jam 7am. Cuaca pulak sejuk tu.

Dalam pukul 10am kami g Lambardo's Hall, Randolph sebab ada solat juga kat situ. Sambil beribadat ingin juga kami berkongsi kegembiraan ngan muslim communiti kat  sini. 

Habis kat Randolph tu kami g  umah Ades dan Br Ibrahim kat Braintree. Dia jemput aku sekeluarga, sister yasmin and husband dan Sister Burzana and Br Mohamad sekeluarga. Oleh kerana perut tersangat la lapar apa lagi masing-masing makan dengan penuh ketenangan.........hehehe

Lepas makan and solat asar suami aku tolong Br Ibrahim pergi ambil tv kat Cambridge. So aku ngan anak2 lepak umah ades sampai la ke Maghrib. Sambiltunggu tu apa lagi sambung la makan dan makan dan makanmmmm

Sunday, December 7, 2008

SNOW

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pagi ni aku called family aku kat Bandar Tun Razak. Saja nak tanya khabar. Kat umah mak tengah riuh sebab kakak dan abang aku semua dah ada kat situ ngan anak-anaknya sekali. Pehhhh mesti huru hara kat umah mak. Bayangkanlah angah aku ada 8 orang anak, kak teh dan alang ada 3 sorang. Belum masuk ngan along ada 6 orang dan Dik Noi  ada 3 orang. Rindu pulak aku ngan anak-anak buah aku ni.

Tengah syok  borak aku terpandang kat luar balkoni.....ya
 Allah snow....terus aku panggil anak-anak aku.  Punyalah happy dia orang. Yalah masa
kami baru-baru sampai dalam bulan februari ari tu dah hujung winter. Snow pun dan la dua kali turun itu pun tak tebal sangat.

Kebetullan nak keluar beli barang kat Kam Man Food, habis beli barang tu sempatlah main snow jap. Apa lagi mr  panasonic lumix lah jadi mangsa. Sampai basah-basahlah member tu. Anak-anak aku punyalah seronok...mama ngan ayah dia pun tumpang sekaki gak.

Tuesday, December 2, 2008

PEDOMAN DAN TELADAN

Entri yg dipetik dr blog Surat Dalam Botol... moga menjadi pedoman utk aku dan kita semua.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya.

Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

"Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

"Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."

"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati.

Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.."

"Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"

Dia tersentak dari khayalannya.

"Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya.

Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.

"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."

"Abang tak suka tengok papa marah-marah.."

"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju.

"Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum.. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka.. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

"Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni."

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

"Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.

"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

"Laila"

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.

"Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain.

Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam.

"Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."

"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk

"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!"

Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

"Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!"

Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah.. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

"Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan..

Mengalir gak air mata aku bila baca cerita kat atas ni.........benarlah kita akan berasa kehilangan apabila kita benar-benar kehilangan tapi bila ia berada di depan mata ia tidak dipedulikan

Saturday, November 22, 2008

MAINE LOBSTER

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Sebelum ni suami aku selalu cerita tentang kesedapan Lobster. Kadang2 aku tengok kat tv atau kat nternet je camne gaya lobster tu. Kebetulan kat Roach Bross jual lobster kalau tak silap aku 4.57 USD /lbs so apa lagi....bila lagi nak rasa lobster ni. So suami aku pun gi beli lobster tu 5 ekor. Cik Abang cakap punya llla ramai orang tengah q nak beli lobster ni. Suruh oraang tu kukus kat sana je sebab bawak balik hidup-hidup kang melompat lak aku kang. hehehe....



Sebelum acara makan...pinggan ni aku punya


So suami aku beli 5 ekor peh......mula-mula aku cakap banyaknya bang....cam nak buat kenduri je. So cik abang cakap tak pe la tak abis nanti simpan eesok-esok boleh makan.


Disebabkan aku ni tak pernah makan sampai aku cari dalam youtube camne nak makan dia. Tak de kla susah sangat....disebebkan lobster tu dah siap masak so cairkan je butter. Amik isi dia dan cicah ngan butter dan makan...nyam..nyam...nyam....


habis dah.....kenyang......


Aku dan suami aku je yang makan. Anak-anak tak makan. Sekali hadap je aku makan 3 ekor...ingatkan banyak sangat rupa-rupanya tak cukup. Bang beli lagi bang.........

Saturday, November 15, 2008

HAKIM DAN KHADIJAH DEMAM

Assalammualaikum wrt

Cuaca kat sini dah tak menentu. Kadang-kadang sejuk sangat, kadang2 ok. Semua Allah Taala yang punya kuasa. Oleh yang demiakian jua la khadijah dan hakim pula dilanda demam.. Kadang2 anak-anak sakit ni tujuannya untuk menguji kesabaran mama dan ayah dia. Nak tengok sabar ke tak. Bersyukur ke tidak......

Macam biasa kalau anak-anak sakit yang letih mestil a mama dia. Hakim kira boleh tahan juga la...nak juga ke ayahnya. Tapi khadijah ni.....aduhhhhh nak berkepit je ngan mama dia. Pantang aku bergerak uhakkkkkkk dia nangis. Yelah kan.... sebab aku ada yang ayah dia tak de....hehehe

Alhamdulillah sekarang ni anak-anak aku dah beransur sembuh. Aku kena ready pulak ngan winter yang bakal menyusul tak lama lagi ni. 

Thursday, November 13, 2008

LULUS KNOWLEDGE'S TEST

Assalammualaikum wrt

Alhamdulillah aku dah lulus knowledge test untuk melayakkan aku mendapat driving licence Massachusetts. Aku terpaksa ambil test ni memandangkan International Driving Licence aku hampir nak tamat bulan december ni. Lagipun nak hampir winter ni so kena la cepat-cepat sikit. Lagipun asyik kena bebel je ngan member aku Ades. Nanti tak de la berat handbag aku nak usung pasport dan international driving licence tu.

Masa aku ambil test tu aku tumpangkan Hakim dan Khadijah rumah aunty Ades dia. RMV Braintree tu dekat ngan umah dia so mudah la sikit aku nak berurusan. Ini kali ke dua aku ambil. 1st haritu kantoi. Kena bayar USD30, Ada 20 soalan kena betul 14 soalan. Punyalah susah soalan sebab lebih kepada law contohnya surcharge, licence suspension , alcohol, drug etc. Soalan rules of the road tu tak silap aku memang tak ada langsung. Soalan dalam english lak tu. Pening kepala aku....lastly lulus gak aku untuk mendapat Learner's permit. 

Insya Allah december 26 nanti aku ada road test lak. Lepas tu baru aku layak dapat RMV Licence and Identification Card. Lama pulak la lagi dah tak sabar dah aku ni......dah tak tahan selalu kena perli ngan suami aku sebab dia dah dapat licence tu  lepas sebulan sampai Boston ni. Aku lak dah dah 9 bulan baru nak dapat. Tapi tak pe la yang pasti aku akan dapat licence tu Insya Allah. 

Tuesday, November 11, 2008

HAKIM DISERANG ASTHMA


Assalammualaikum wrt

Cuaca kat Boston ni dah tak menentu dah. Kadang-kadang
 hujan, kadang2 panas tapi still sejuk bangat, kadang2 ok......Alhamdulillah. Buat masa sekarang ni dalam lingkungan 37-52 darjah farenhait. Sejuk betul.....Oleh kerana cuaca yang semakin sejuk ni anak aku hakim diserang astma. Hakim memang dah ada asthma sejak dari Malaysia lagi. Aku masih ingat lagi dia pernah kena tahan wad 
kat Ampang Puteri Medical Center masa umur dia 4 
bulan selama 4 hari. So ngan Hakim
 ni aku teramat la risau kalau dia kena 
astma. Kadang2 tak tidur malam aku menjaga dia.

Sejak sampai Boston ni lebih kurang 4 kali 
dah dia kena athma. Maknanya kenalah pakai inhaler 6 jam sekali. Doktor  pun dah bekalkan elektrik inhaler. So tak payah la g hospital dan boeh buat kat rumah je. Alhamdulillah sekarang ni asthma hakim dah beransur kurang. Semoga cepat sembuh ya Nak.....

Monday, October 27, 2008

BELAJAR DARI PENGALAMAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Aku masih ingat aku jumpa satu sister ni kat Masjid Quincy masa hari penyampaian hadiah untuk Quran Memorization hari tu. Sister ni dari UAE ada seorang anak perempuan umur 6 tahun dan twin lelaki umur 3 tahun.

Masa aku tengah tunggu tu dia datang kat aku,. Tanya khabar dan tunjuk aku gambar dia ambil kat cell phone dia. Gambar anak aku pakai baju kurung masa eid hari tu. Dia simpan gambar anak aku dalam cell phone dia. Dalam kami berbual tu dia tanya anak ada masuk competition tu ke. Aku kata ada, anak sulong aku umur 5 tahun masuk untuk Level 1. Aku tanya dia pulak anak ada masuk ke? Dia kata ada 3 orang yang masuk...umur 3 tahun dan 6 tahun.  Yang twin tu masuk untuk Level 1 (Surah Al Takathur) dan Level 2 (Surah Inshiqaq). Pehh...aku tanya dia macammana dia ajar anak dia hafaz.

Cara dia, anak-anak.... dia tak bagi tengok tv terus menerus. Biar dia orang bermain apa yang mereka mahu. Dah letih main baru tengoh tv dalam 1/2 jam then sambung main lagi. Masa main tu dia pasang ayat-ayat Al Quran. Biar anak dia dengar sambil bermain. Sambil tu dia ajak anak-anak dia sebut sama. Lama-lama dari satu surah ke satu surah anak dia hafal. 

Aku tanya anak dia belajar hafaz je ke dan bagaimana pulak nak kenal ayat-ayat Al Quran. Dia kata twin dia belum kenal huruf lagi sebab dia just 3 years old. Kanak-kanak umur ni tahap hafaz dia memang tinggi. So cara terbaik bagi anak-anak hafaz dulu lepas tu baru kenal huruf. Bila dah umur dalam 6 tahun ke atas baru bagi anak-anak kenal huruf dan membaca. Cara dia berhasil kerana anak kembar dia yang berumur 6 tahun tu dah boleh hafaz hingga surah Al Mutaffifin (ada 36 verse) dan twin dia sekarang tengah hafaz Surah Al Inshiqaq. Pehh terpegun aku....

Apa yang penting...kita sebagai ibu kena banyak bersabar dan berusaha dan seterusnya berdoa pada Allah Taala semoga anak kita diterangkan hati dan ditajamkan ingatan. Lagi satu dia kata kat rumah dia tak ajar anak dia cakap Inggeris tapi cakap Arab. Biar anak-anak dapat memahami bahasa Al Quran dengan baik. 

Aku berharap dan berdoa agar anak-anak aku mampu memjadi seperti anak dia atau lebih baik dari anak-anak dia..Amin

Sunday, October 19, 2008

QURAN MEMORIZATION COMPETITION RAMADHAN OF 2008


سُوۡرَةُ التّکاثُر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلۡهَٮٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ (١) حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ (٢) كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (٣) ثُمَّ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (٤) كَلَّا لَوۡ تَعۡلَمُونَ عِلۡمَ ٱلۡيَقِينِ (٥) لَتَرَوُنَّ ٱلۡجَحِيمَ (٦) ثُمَّ لَتَرَوُنَّہَا عَيۡنَ ٱلۡيَقِينِ (٧) ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَٮِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ (٨) 
  
The Islamic Center Of New England (ICNE), Quincy telah mengadakan pertandingan menghafal ayat-ayat Al-Quran pada Oktober 12, 2008 yang lepas. Pertandingan ni sempana menyemarakkan ramadhan lepas tapi tertangguh hinggalah tarikh tersebut. Anak aku Rabiatul Adawiyah masuk pertandingan tersebut untuk kategori Level 1 iaitu  5 and younger. Ada 16 orang semuanya untk Surah Al Takathur. Lain-lain level ada surah Al Inshiqaq (5-7 tahun), Al Insaan (8-10 tahun), Al Dokhan (11-13 tahun), Fatir (14-17 tahun)dan 18 tahun ke atas Surah Al Raad(arabic speaker) dan Al Dokhan (none arabic speaker). Aku ingat saja je la nak bagi dia expose ngan masyarakat Islam di bumi Quincy ni. So semalam telah di adakan event bagi pengumuman keputusan pertandingan tersebut.  Pagi tu aku dah standby hadiah untuk dia manala tahu kot-kot tak dapat hadiah sedangkan kawan2 dia dapat. Nangis pulak kang. So aku standby hadiah untuk dia . Event tu lepas Isyak. Pembukaan  acara tu penyampaian bacaan surah oleh kanak-kanak perempuan tak silap aku umur 3 tahun , Surah Al-Ala. Pehhh respect betul aku dengan kelancaran budak ni. Aku sendiri tak hafal...ada 19 verse pehhhhh. Acara pertama untuk level anak aku la, mula2 dia bagi untuk saghati dulu maknanya untuk 10 yang terbaik. Anak aku tak de la pulak. . So lepas tu dari 3rd to 1st prize lak. Nombor 2-3 anak twin yang menang. So aku rasa tak de harapan la anak akuu ni...tengok2 1st prize....ramai yangtak percaya sebab  none Arabic speaker ...Rabiatul Adawiyah Irwan....Haaa...alhamdulillah anak aku la tu .....menang. Tak sangka betul aku. Tak sia2 dia nangis kena marah ngan suami aku sebab waktu suruh hafal dia main-main. Alhamdlillah hi rabbilalabin Aku berdoa agar anak-anak aku semua dapat menjadi hafiz dan hafizah suatu hai nanti dan dapat mengamal dan menyampaikan ilmu mereka.  Amin Ya Rabbal Alamin. Anak hero aku Hakim...bila dia tengok kakak dapat present dia pun nak present. Nangis lak dia kat situ mujur suami aku standby present buku dalam kereta...dalam kereta nangis la pulak dia sebab tak nak buku...akim nak toysssss. Sabar je la aku. tapi yang pasti aku sungguh berbangga dengan anak-anak aku




Wednesday, October 1, 2008

EID MUBARRAK

Assalammualaikum

Hari ni 1 syawal bermakna hari ni hari raya aidilfitri. Syahdu jgak rasa di dadaku ini. (kalau aku citer kat suami aku mesti dia gelak kan aku....). Kalau kat Malaysia ni dah 12 jam 1 syawal berlalu. Malam tadi sempat lak jugak aku webcam ngan family aku kat Bandar Tun Razak. Semua adik beradik aku ada kecuali sorang je...aku lar....Dapat gak aku tengok acara tradisi family aku di pagi raya. Lepas balik solat raya, makan beramai-ramai. Pas tu acara bersalam-salaman...(bab ni yang aku sedih c kit...) dan last sekali family photo. Sempat ak snap guna skype. Sedih jugak aku tak dapat beraya ngan mak dan abah serta semua adik beradik dan anak-anak buah aku yang seramai 26 orang tu. Aku dapat berbual ngan mereka semua....along, kak long, angah, abang din, alang, kak lang, kak teh, abang teh, dik noi ngan sapuan serta anak-anak buah aku. 

Sempena syawal ni aku nak memohon ampun dan maaf terutama pada mak dan abah yang telah banyak berkorban untuk aku. Jasa mak dan abah tak akan kak chik lupakan selagi hayat dikandung badan. Pada abang, kakak serta adik-adik aku semua aku pun ingin mahon maaf selama ini atas salah dan silap aku. Terkasar bahasa, terkasar perbuatan, termakan, terminum minta dihalalkan. Kepada keluarga mertua aku di Kg Lindungan PJ, mak dan ayah, angah dan man, iza dan faiz...kak long sekeluarga mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan selama ini. Halalkan makan dan minuum.....kami minta maaf sebab tak dapat berhari raya bersama-sama....mesti sunyi umah coz tak de suara bising anak-anak kak long .... kakak, hakim dan khadijah. 

Selamat hari raya gak pada semua kawan-kawan aku di SK Betau, Kuala Lipis, PAhang Darul Makmur. Ina, Ana,Husna, Kak Dah (mesti happy dapat raya ngan baby), gee, mashitah, kak ita, ija, .....dan yang lain-lain. Aku mintak maaf pada u all semua atas kekurangan aku sepanjang tugas aku kat sekolah dulu. Cam ne ngan acara memberi duit dan pakaian baru pada murid2 Islam kat sekolah ari tu. Mesti meriah kan.....teringaat aku tahun lepas....seronok gak tengok bdak-bdak tu gembira. (Berapa korang abis...hehehe). Tak lupa gak pada kawan-kawan yang mengenali aku masa kat IP Sultan Mizan, Besut terutama geng sekelas aku KH2 (2006) terutama geng kamceng aku rin, maizatul, zana, jimi, mashrul, din, pok lah.....dan lain-lain. Tak lupa gak pada member2 aku masa kat UTM skudai, DPB 1993-1996 dan SPACE UTM Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah.

Last sekali pada teman-teman aku di Kilang Sawit Kechau B terutama kak Idah dan Abang Ari. TEerima kasih coz jaga anak-anak aku dengan baik..teman-teman di Kilang Sawit Kechau A, KS Tersang dan Koyan serta semua yang mengenali aku dan keluarga. Eid Mubarak, Maf Zahir dan Batin. 

1 SYAWAL 1429 HIJRAH DI BOSTON, USA
 Syawal ni ada sedikit kesayauan di hati aku apabila aku beraya jauh dari keluarga. Alhamdulillahaku masih dapat merayakan aidilfitri ini bersama-sama suami dan 3 oarang buah hati aku. Menu aku pagi raya ni macam kat malaysia gak, nasi impit, masak lodeh, rendang ayam dan daging. Lepas makan pagi tu kami ke masjid Quincy untuk solat sunat. Kat sini ada dua kali untuk solat sunat ni. Pagi jam 7am dan 10am. Kami g yang jam 10am punya sebab nak siapkan anak-anak lambat sikit. Ramai umat ISlam dari merata negara yang ada. Ramai gak brothers and sisters yang aku selalu jumpa masa g masjid yang ada. Ramai gak yang aku tak pernah tengok. Tapi yang pasti semua keliatan bergembira meraikan 1 syawal. Pelbagai gak pakaian traditional yang mereka pakai ikut nationality mereka. Colourful.......Dalam kul 12 lebih lepas solat, makan-makan, borak-borak.....kami g New Hamshire lak umah Kak Hasnah. Rumah kak Hasnah ni kira tempat uuntuk kami berjumpa ngan orang malaysia, indonesia, morocco dan lain-lain lagi. Kak Hasnah masak nasi lauk ayam, kari dan macam-macam lagi. Bab rendang, nasi impit etc tu tak de dah sebab negeri Kak Hasnah ni raya lebih awal dari tempat aku. Kat sini bukan satu US sambut syawal serentak tapi terpulang pada mahzab yang dipegang oleh negeri masing-masing. Lepas perut kenyang apa lagi....bawak diri la. KAmi balik dalam pukul 4pm. INgatkan nak singgah umah KAk Jiha dan Encik Niam kat Braintree tapi hujan punya la lepat terus suami aku ajak balik je. Mesti merajuk hati akak ni...coz tak singgah umah dia. Tapi nak buat macamana hujan lebat, deman pulak anak-anak kang....so jalan terbaik iala balik.......Aku stop sini dulu nanti sambung lagi. Insha Allah

Wassalam


Sunday, September 28, 2008

RAMADHAN & IFTAR


Assalamualaikum wrt

Hari ni dah 26 ramadhan. Pengalaman melalui ibadah puasa di bumi US ini membuatkan aku lebih menghargai tanah tumpah darahku. Apa yang lebi penting ialah mempertingkatkan kualiti puasa itu agar ia lebih baik dari puasa yang lepas-lepas. Nak dapatkan makanan halal kat sini memang mudah. Daging, ayam, lamb etc tu tak de masalah. Ada 3 tempat yang aku biasa pergi. Al Barakah (owner dia dari Palestin), Quincy International Food (India or Pakistan) dan Mina Meat Halal (India). Jarak pun tak jauh sangat dalam 5-10 minit je naik kereta. Nak dapatkan barang-barang Malaysia pun mudah. Ada satu supermarket nama dia Kam Man Food. Dia jual banyak produk dari Asia. Nak dapatkan ikan n udang kat sini ler. Kalau nak dapatkan serai, lengkuas, daun pandan, daun pisang, ikan masin dan macam-macam lagi la, datang la kat sini. Insya Allah ada punya........

Ibadah puasa di sini macam juga di negara-negara lain. Aku selalu juga g iftar kat luar. Tempat yang aku selalu pergi ialah di Quincy Mosque. Ada acara berbuka puasa kat situ. Ramai juga umat Islam yang datang kat sini untuk berbuka puasa together. Giliran sponsor makanan ni terbuka kepada sesiapa saja yang bermurah hati. Sepanjang ramadhan penuh lengkap ngan acara iftar. Ada la jugak 6-7 kali aku datang sini. Makanannya pun sedap-sedap. Lain la sikit daripada yang aku selalu masak. Rasa-rasa kalau aku tak de mood nak masak aku ikut la suami aku makan kat sini. Selain dari tu aku pergi Iftar kat Malaysian group kat Natick. Rumah kak Sairah. Ramai la orang malaysia yang datang sini. Dapatla aku makan ayam percik kelantan kak Sairah buat...yummy...yummy...solok lada, ayam masak lemak cili api, teh tarik dan macam-macam lagi. Satu lagi Iftar yang aku pergi, aku ikut group Indonesian, Malaysian dan Interational. Sekali hari tu buat kat umah Mbah Rina ( lupa lak nama tempat tu) dan satu lagi kami punya turn untuk sponsor Iftar di Masjid Burlington, Burlington. Itu la antara acara yang aku lalui sepanjang ramadhan ni and yang lebih tu aku iftar kat umah je 500a Falls Blvd, Apt 1134 QUincy MA 02169. 

Wednesday, September 3, 2008

HARI PERSEKOLAHAN 2008-2009

Hari ini hari pertama anak aku bersekolah di bumi US ni. Aku dan suami masukkan dia di Mutanafisun Academy School, 470 South Street, Quincy kat Masjid Quincy, Sekolah ni jenis Islamic private school dan kami mengharapkan agar anak aku dapat menguasai bahasa arab dan inggeris sekali gus. Dengan harapan dia dapat memahami dan menguasai bahas Al-Quran. Itu tujuan utama kami di samping tu aku mengharapkan agar anak aku dapat membesar dikelilingi oleh masyarakat islam dari pelbagai negara yang penuh dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Insya Allah. Walaupun bayaran dia mahal sikit tapi aku rasakan ini semua berbaloi demi masa depan dia. Bukan aku tak nak masukkan dia di public school tapi aku dan suami agak takut dengan perkembangan anak-anak lebih-lebih lagi di US ni. Rasanya kalau tengok kat tv pun dah tahu......apa lagi aku yang tengok depan mata aku......takut gak.......

Tadi aku hantar dia g sekolah ok gak. Tak lah menangis bila sampai kat sana. Elok je masuk dan cikgu dia Sister Hether (black America) suruh aku tinggal je kan dia. Aku tunggu kat luar jap kot-kot dengar dia nangis tapi alhamdulillah berjaya.

Ingat lagi masa kat Lipis aku masukkan dia kat tadika Islam kat Masjid Lipis...... ala atas bukit tu, nak seminggu gak dia nangis. Suami aku la sian nya empat hari dok teman dia dalam kelas. Keluar sikit walaupun g kat ruang depan tu dah dengar suara dia nangis. Satu hari tu aku lak ganti suami aku tunggu dia...aku lak yang kena teman dia dalam kelas. Tapi aku lari gak ke ruang depan sekolah tu...biar je dia nangis....kejap-kejap aku intai la dia. Ok la jap. Bila cikgu tanya dia boleh jawap. Aku ingat lagi masa aku tunggu kat luar kelas dia cikgu tanya "kenapa kita kena basuh tangan" anak aku jawap 'takut tangan kita ada kuman"..."pandai Rabiatul". Bangga aku......Minggu ke-2 dia sekolah, kak idah kakak angkat yang jaga anak-anak aku waktu aku sekolah lak amik peranan. Dia cakap hantar je dia g sekolah sendiri biar naik bas sendiri. Nanti kawan-kawan dia turun pandai la dia turun. Kalau ada mama dan ayah dia memang la macam tu....manja. Waktu pagi kak Idah hantar dia naik bas sendiri. Ok la pulak...tak tau la kak idah ni ada baca-baca kot. Lastly, anak aku dah suka g sekolah. Tima kasih buat cikgu Zaidah dan Cikgu Farahah sebab bersabar jaga anak aku. Tak lupa juga pada Abang Osman Ali (bawa bas) sebab sudi tengokkan anak aku. Ingat lagi aku bila aku jumpa Cikgu Zaidah nak inform dia last day anak aku sekolah....dia cakap "Rabiatul ada bagitahu saya yang dia nak pindah g Boston, saya ingatkan dia silap cakap...mungkin pergi Bota (perak) kot....lorr rupa-rupanya betul dia nak g Boston" Tergelak gak aku....anak.....anak.....

Monday, September 1, 2008

RAMADHAN MUBARAK

Assalammualaikum.wrt....

Hari ini merupakan satu ramadhan di bumi US ni. Maknanya kat Malaysia tengah tunggu waktu nak berbuka la ni bestnya........Hari ni hari pertama aku melalui ramadhan di rantau orang. Jauh dari keluarga dan sanak saudara. Sebelum ni pun jauh gak dari mak abah dan keluarga mertua aku. Tapi tak de lah jauh sangat setakat 3 jam je dari Lipis. Tapi tak pe la kan, kat mana-mana pun sama......tapi kekadang kerinduan itu tetap ada....sayunya hatiku ini.

Kat Lipis mesti ada Pasar Ramadhan. Sure sama ngan ramadhan lepas. Meriah punya....murtabak, ayam percik, ikan bakar, air tebu, sendol ngan macam-macam lagi. Kat Bandar Tun Razak dan PJ pun mestu sama gak. Ramadhan ni melepaslah aku nak merasa semua makanan tu. Tapi tak pe lakan sabar........Aku citer sikit pasal perbezaan waktu imsak dan berbuka kat sini. Perbezaannya dari Malaysia, kat sini fajr dia makin lewat dan maghrib makin awal. Misalnya 1 ramadan ni fajr pukul 4.50 dan maghrib kul 7.18 dan 30 ramadan nanti fajr pukul 5.25am, maghrib kul 6.27pm. Maknanya tempoh puasa tu makin pendek. Aku rasa itu je la yang aku boleh cite setakat ni nanti aku cite lagi ya. So sempena ramadhan yang mulia kita dapat bersama-sama menghayati ibadah puasa kita semoga ia lebih baik dan bertambah baik dari bulan ramadhan kita yang lepas-lepas.

Hadith:
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda "Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu-pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat"

(Bukhari & Muslim)

Sunday, August 31, 2008

KAKAK DAN AKIM

Assalammualaikum wrt....

Lupa lak aku nak ucapkan Selamat Ulang Tahun buat anak-anak aku Rabiatul Adawiayah (13 Ogos) ke 5 tahun dan Luqmanul Haqqim (18 Ogos) ke 3 tahun. Hari tu sempat gak kami sambut tapi buat kami sekeluarga je. Lepas amik dia balik dari summer camp terus g beli kek kecik jekat Roche Broos dan sambut kat rumah. Kalau tak sambut nanti, kang anak aku yang sulong aku panggil kakak tu mesti tanya....."ari tu masa Khadijah mama ngan ayah beli kek nape masa kakak dan akim tak beli". So untuk tak menghampakan mereka kami beli la kek untuk dia. Yang pasti mereka sangat gembira.

Aku mengharapkan anak-anak aku ni akan membesar menjadi anak-anak yang baik akhlak dan budi pekertinya. Menjadi orang-orang yang beriman, soleh dan solehah, dapat berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Amin........Buat kakak dan Akim, i luv u so much.......muahhhhh






Friday, August 29, 2008

NIAGARA FALLS, NEW YORK (Part 1)

Assalammualaikum w.r.t

Dah lama kami merancang untuk gi Niagara Falls ni. Tujuannya untuk menghayati keajaiban yang Allah Taala ciptakan di muka bumi ni. Kami g selama 3 malam 4 hari (August, 18-21) dan menginap di Holiday Inn, Niagara. Perjalanannya lebih kurang 478 miles iaitu lebih kurang 8 jam. Kami bertolak dalam pukul 9 am. Aku siap tapau...... bawa nasi lemak sambal tumis udang lagi. Senang sikit nak makan on the way nanti. Maklumlah kat sini susah sikit nak dapat makanan halal. Sepanjang I-90 West banyak gak R&R disediakan. Lebih kurang 4 jam lebih drive baru kami berhenti kat satu perhentian nama dia Iroquois Travel Plaza. Biasalah gi restroom, beli dunkin donut sikit, makan makanan yang aku tapau tadi, luruskan balik badan yang dah penat duduk ni dan macam-macam lagi la. Lebih kurang 1/2 jam lepas tu kami gerak balik. Sempat gak aku amik buku room savers. Buku ni diberi percuma amik je kat travel plaza tu. Dalam permerhatian aku offernya memang murah tapi banyak syarat-syaratnya. Antaranya kena walk in booking, tarikh tertentu saja dan lain2 lagi. Dalam aku belek-belek buku tu anak aku khadijah buat kek lak so kenalah singgah satu perhentian lepas tu mujurlah dekat kalau tak bau satu van.

Dalam perjalanan tu banyak pemandangan yang men
arik. Aku tengok banyak ladang jagung kat sini. Ladangnya besar-besar siap ada kilang berdekatan situ maknanya ia ditanam secara komersial. Selain tu banyak rumah-rumah ladang yang biasanya aku tengok dalam tv je dulu masa kat Malaysia. Dalam dok perati pemandangan kiri kanan tak sangka lak dah sampai kat Buffalo, maknanya dah tak jauh lagi nak sampai Niagara Falls. Masa sampai kat tol Buffalo ni punya la jammed....panjang...macam kat KL la pulak.

Dalam kul 5.40pm kami sampai ke tempat penginapan kami. Loading barang, solat, lepak-lepak jap then kami terus gi cari makan. Disebabkan suami aku dah survey sebelum sampai sini mudah lah kami jumpa tempat makanan halal. Nama kedai ni Halal Mobile Foods. Kedai ni dia operasi dalam caravan je. Tapak dia kat open parking n dia letak kerusi meja kat situ. Owner dia asal dari India. Kira business anak beranak la. Suami, isteri n anak dia. Masa aku makan kat situ terasa macam makan kat Lipis je. Dah lama tak makan tempat open macam ni sambil angin sepoi-sepoi bahasa. Pehhhhh.....sayu beb....Kalau korang ada rezeki datang Niagara Falls ni pasal nak cari makanan halal jangan risau....pegi je tempat ni. Aku selama kat sini hari-hari makan kat sini...mudah, dekat n sedap. Antara menu dia Shish Kebab with rice, Tikka Kebab atc. Tapi bab harga tu...satu set makanan dalam USD10 la. Ada nasi, lauk n sayur. Korang agak sendiri la mahal ke murah.........

Lepas perut kenyang kami g ronda-ronda kat State Park tu. Jalan kaki je. Kalau naik kereta USD10 parkingnya. So kami anak beranak berjalan kaki la ke sana. Sampai kat situ tengok sungai Niagara pehhhhh punya lah besar. Airnya deras kalau jatuh kat sini sure tak jumpa punya. Besar dan besih. Kami sampai kat satu tempat air terjun. Besar gak air terjun ni tapi aku tengok lain la pulak. Aku ingat ni la Niagara Falls nya tapi takkan kocik bonar.....mushkil den. Pelancong sebelah ni tanya aku ni je ke falls nya. Aku cakap ya la kot....tapi aku mushkil gak lagi ni...... Lepas bersiap amik gambar semua kami gerak semula nak balik hotel. Letih dalam kereta tadi pun tak habis lagi. So sambil tengok olimpic game last-last kami semua hanyut.......zzzzzzz

Wednesday, August 13, 2008

WANITA

Masa aku tengah layan internet ni aku jumpa la blog "ambe anak kelatan" (wakafbharukelate.wordpress.com) Sayu gak aku membacanya.....so aku post la kat sini. Harap kita dapat bersama-sama berkongsi ilmu dan mempertingkatlah tahap keimanan kita. Amin

Allah berfirman: “Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.” “Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”

wallahu’alam

SISTER KHALIDAH BILAL (Part 1)

Mesti pelik kan tajuk aku ni, sister Khalidah Bilal. Sister ni aku kenal dah lama dah. Ada la dalam 5 bulan lepas. Sekali-sekala je masa kami berjumpa masa ada Halaqah kat masjid Quincy. Tapi aku kenal rapat ngan dia masa aku hantar anak aku masuk Summer Camp kat ICNE Sharon. Biasa la kami berbual.....citer pasal diri masing-masing.


Dari segi fizikal, sister ni berbadan kurus usia dalam 40an....tapi apa yang aku rasa diri aku ni kecik sangat ialah Sister ni menutup aurat lengkap....iaitu memakai purdah. Mesti orang kata apa nak heran kan. Ok....aku citer lebih lanjut lepas ni. Untuk pengetahuan semua sister ni baru je peluk islam lebih kuraang 14 tahun lepas. Berasal dari Jamaica kemudian merantau ke United Kingdom. Di UK lah beliau mengenali kumpulan Arqam dari Malaysia. Sesungguhnya Allah Taala Maha Berkuasa....pintu hati beliau terbuka untuk memeluk Agama Islam. Alhamdulillah...Allahu Akhbar....Sampai sekarang beliau masih berkawan dengan kumpulan Arqam dari Malaysia. (Kawan rapat beliau nama Azean). Selepas itu beliau terus menimba ilmu dan mengenali Islam sedalam-dalamnya. (sesungguhnya aku merasa malu pada beliau, kurangnya ilmu aku....). Selepas 6 tahun di UK beliau terus ingin menambah ilmu tentang Islam, lalu beliau mengambil keputusan untuk memasuki Madrasah Darool Uloom di Trinidad and Tobago. Cerita selanjutnya aku citer dalam part 2 nanti. Nanti tak de lak benda aku nak citer.

August 13,2008 ni merupakan hari ulangtahun ke 5 anak sulong aku RABIATUL ADAWIYAH. Aku doakan semoga anak aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan menjadi manusia yang dapat memainkan peranan dalam menegakkan Islam dan berbakti pada bangsa, negara dan keluarga.....Amin Ya Rabbal Alamin

Thursday, August 7, 2008

FRANKLIN PARK ZOO, NEW ENGLAND

Hari ni suami aku cuti. So kami bercadang nak g zoo, Franklin Park Zoo, New Englang. Kami g empat beranak je sebab anak sulong aku ikut rombongan sekolah dia ke sini. Saja je aku ajak husband aku coz nak tengok anak aku bergaul ngan kawan-kawan baru dia. Masa aku sampai, anak aku tak sampai lagi so kami pusing-pusing dulu la.

Untuk admission, yang adults kena USD12, children (aged 2-12) USD 7. Kalau nak masuk free boleh juge, tapi kena jadi member, yearly dalam USD70. Zoo ni tak de lah canggih sangat. Aku rasa best Zoo Negara atau Zoo Lipis(ala...yang atas bukit tu) lagi. Tak banyak sangat binatang yang ada. Cuma yang menarik ada gorilla, lion and tiger tales je la. Yang lain-lain tu dah comman sangat. Macam snakes, bird, giraffe, zebra, leopard, bonggo (biatang apa ni ya..tak pernah lak dengar nama dia). Lupa nak bagi tau.....ada juga binatang yang ada tiga nama tu.........tapir or tenuk..(nama dia yang satul agi lupa lak aku). Aku suruh suami aku amik gambar, dia kata gambar tapir pun nak amik.......Kat malaysia dulu tak nak lak amik......ya la..kat sini lain aku jawab....

Bila dah habis pusing, kami singgah kat playground, anak aku nak main kat taman jap. Aku g gift shop jap. Apa lagi...cari fridge magnet la. Aku beli la 2, dalam USD13 gak. Tapi tak pe la, ada la bukti aku g zoo kat bosto ni. he he he (zoo pun nak herankan....hehehe..)

Dalam perjalanan kami nak kuar dari zoo, baru aku selisih ngan anak aku serta group sekolah dia. Dah besar dah anak aku. Dah pandai berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan sekolah dia. Sayu hati aku........menitik gak la air mata aku. Aku ni memang sedih sikit kalau pasal anak-anak.


Thursday, July 31, 2008

Happy Birthday, SITI KHADIJAH MAISARAH

27 Julai 2008, hari ulangtahun pertama anak bongsu aku. Dah besar dah dia.....aku rasa macam baru semalam aku melahirkan dia.Pejam celikpejam celik dah masuk setahun. Aku tengok pertumbuhan motor dia sangat cepat. 6 bulan dia dah merangkak, 10 bulan dah boleh berjalan. Sekarang ni mulut dia punya lah bising. Kalau dia tengok n dengar intro iCarly atau Spongebob Squarepants mesti dia pun nak menyanyi dan menari. Alhamdulillah..........setakat ni anak aku sihat dan membesar seperti anak-anak lain.


Hari ini aku sekeluarga g jalan-jalan ke Downtown Boston. Kami g Faneuil Hall Market Place. Kira dari Quincy lebih kurang 15-25 minit naik kereta. Sapa-sapa yang datang Boston, wajib g tempat ni. Pelancong punya la ramai. Masa aku sampai dalam kul 11.45 am walaupun kedai-kedai kat situ buka dalam kul 12 tapi dah ramai orang. Kat sini tempat dia kira macam Central Market la. Ada 3 bangunan, South Market, QUincy Market dan North Market. BAngunan tu terletak bersebelahan antara satu ngan lain. Jaraknya dipisahkan oleh ruang pejalan kaki lebih kurang 20 kaki. Kat sepanjang laluan pejalan kaki ada la booth-booth pelbagai jenis barang. Ada macam-,macam cenderhata yang dijual kat sini. Contohnya baju, beg, topi, mug etc yang tertulis Boston, Red Sox n Celtic. Aku survey baju tulisan i luv boston........punya la mahal. USD 15 saiz anak aku Haqqim. Kalau saiz khadijah dalam USD 10. Kalau saiz dewasa dalam USD 20-30. Apa yang aku terkejut.......masa aku lalu satu booth kat situ dia jual baju batik dari Malaysia n Indonesia. Kira baju yang kalau mat n minah saleh g pantai tu la. Bangga jugak aku. Ada juga produk dari negara aku dijual kat sini. Aku sempat gak tengok "penghibur jalanan" buat persembahan. Ramai gak orang yang tengok. Bila dah habis je persembahan dia, dia bukak la beg dia.......sapa-sapa yang sudi bagi duit boleh la ubuh kat situ. Suami aku bagi la dalam USD 5. Dia cakap ni wakil dari orang Islam bagi. Habis je kat situ, ada satu lagi persembahan muzik lak. Tapi kami tak tengok la, sebab tak puas lagi jalan. Ada satu lagi kedai kat sini........ingat tak cerita "Cheers". Dia buat pengambaran kat sini la. Ada la bar dia kat sini.... kat bangunan QUincy Market la kalau tak silap aku. Macam2 gak barangan yang tertulis cheers dijual.


Masa aku sibuk2 usha barang kat sini anak aku Haqqim buat perangai. Dia mengamuk n menangis dengan kuatnya. Semua orang pandang aku. Dah dia buat perangai...,apa
a lagi suami aku ajak balik la........Last-last satu barang pun aku tak beli. One day, aku akan ke sini lagi.

Parking kat Boston ni mahal gak. Bayangkan lah......kami parking dalam 1 jam 45 minit kena charge berapa.....USD 17. Mahalkan..............masalah kalau nak g boston ni. Eloknya naik train je. Jimat sikit tapi letihlah kena jalan kaki.....Aku berhenti kat sini dulu..nanti aku citer la ya.

Assalammualaikum wrt


Sunday, July 27, 2008

SALAM PERKENALAN

Assalammualaikum wrt

Ini first time aku menaip kat sini. Terlebih dahulu aku nak ucapkan salam perkenalan buat semua yang baca blog aku ni. Tujuan aku antaranya nak cite dan kongsi pengalaman hidup aku sepanjang aku berada di bumi US ni. Sekurang-kurangnya ada le juga benda yang aku buat selain tugas-tugas rutin aku sebagai hamba Allah, isteri dan ibu kat sini.

Aku sebenarnya seorang guru sekolah rendah masa kat malaysia. Nama sekolah aku tu SK Betau, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur (promote..... ni).. Nama blog aku tu aku amik sempena nama sekolah aku la. Banyak kenangan manis masa aku ngajar kat sini. Untuk pengetahuan semua sekolah ni sekolah orang asli kat pahang. Sekolah angkat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi kategori sekolah orang asli. Bukan calang-calang sekolah ni. Kebanyakkan cikgunya keluaran KPLI dan cikgu-cikgu yang masih diploma kebanyakkannya tengah further study untuk amik ijazah. AKu cukup bangga dengan sekolah ni walaupun aku hanya sempat mengajar selama 1 tahun 2 bulan je tapi banyak benda yang aku dapat. Itu la serba sedikit tentang sekolah aku dulu. Nanti aku citer lagi ya.

Sekarang ni pukul 5.50 pagi.Tapi dah terang dah kat sini. Hari ni ulangtatahun ke setahun anak bongsu aku SITI KHADIJAH MAISARAH BINTI IRWAN. Aku berdoa ajar anak aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Taala dan menjadi anak dan insan yang berguna suatu hari nanti. Amin


EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List