Saturday, September 19, 2009

EID MUBARAK 2009




Assalammualaikum wrt


Hari ini dah masuk tahun kedua aku menyambut aidilfitri du bumi Boston ni. Jauh dari keluara, sanak saudara dan rakan-rakan. Sedih gak mengingatinya tapi aku kena terus tabahkan hati ini. Sesungguhnya perancangan Allah Taala itu adalah sebaik-baiknya. Tapi tak pe lah INsyaAllah tahun depan aku dah boleh raya kat Malaysia dah.....alhamdulillah.


Dari kejauhan ini aku dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di mana saja anda berada. Terutama kepada mak dan abah di Bandar Tun Razak Cheras,KL dan keluarga mertua di Petaling Jaya. Adik beradik, sanak saudara dan rakan-rakan Universiti Teknologi Malaysia, SPACE UTM, Institut Perguruan Sultan Mizan dan di SK Betau Kuala LIpis.


Kepada mak dan abah, ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki akak dan keluarga harapkan dan kepada keluarga mertua kak long, along dan keluarga mohon ampun dan maaf jua dari hujung rambut ke hujung kaki. Hala;kan segala makan dan minum kami selama ini. Kepada Adik beradik dan sanak saudara kemaafan jua diminta dan kepada rakan-rakan seperjuangan aku mohon ampun dan maaf dan minta dihalalkan segalanya.




Allah SWT telah berfirman:

"dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

(Surah An-Nuur 24:22)



AKhir kata SALAM AIDILFITRI...

1 comment:

Pak Man laksam said...

Salam ziarah dari Pak Man,
Pak Man pernah pergi ke Betau, cari buah perah.
Seronok baca blog cikgu.
Kirim salam dengan suami.

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List