Wednesday, January 11, 2012

KLIA-FRANFURT-MONTREAL




16 Disember 2011
Akhirnya kami meninggalkan bumi Malaysia tercinta dengan seribu debaran di dada. Anakku Rabiatul teresak-esak nangis sebab tak nak pergi. Tapi apakan daya. Sampai bengkak-bengkak mata dia.
bye-bye semua..bye bye Malaysia....
Alhamdulillah kami selamat masuk di ruang menunggu sebelum masuk ke perut kapal terbang. Masa dok menunggu anak2 ku semua dah ngantuk sesangat. Termasuk la aku dan suami...Oleh kerana lambat lagi..dapat la kami lelapkan mata sekejap. Then kami selamat masuk ke dalam perut kapal terbang...mujur la kanak-kanak didahulukan untuk masuk...Abdul Rahman lena tidur, tak bangun2 pun dia. Senang sikit aku nak handle anak2 yang lain.
Kami dipecahkan dua bahagian..Rabiatul duduk ngan Daddy dia dan anak2 yang lain duduk dengan aku..
Alhamdulillah sepanjang perjalanan dari KLIA ke Franfurt berjalan dengan lancar. Anak-anak tak meragam..tido je. Mungkin sebab dah tengah malam dan dari siang tadi asyik main je ngan sepupu2 dia so masing2 dah penat dan ngantuk. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 13 jam cukup memenatkan. Entah kenapa ..tak banyak pulak gambar yang aku ambik. Mungkin sebab penat sangat kot so mata ni asyik layu je.
Setelah 13 jam di awan biru..alhamdulillah kami selamat sampai di Franfurt Airport. Anak-anak pun nampak dah segar sikit. Tapi baiasa la kadang-kadang naik angin gak aku. Sabar je la. Kami berada dalam 4 jam di airport ni sebelum connecting flight ke Montreal.
Airport ni tak de la sesesak Heathrow, London. Lepas je keluar kami sempat solat subuh dulu. Alhamdulillah bilik solat ada di sediakan di airport ni. Bilik ibadat untuk agama-agama lain juga disediakan secara bersebelahan.
bilik solat serta ruang wuduk disediakan di Franfurt Airport
anak-anak sempat bermain
sementara menunggu daddy
Kami bermusafir lebih kurang 4 jam di sini. Tapi tak banyak aktiviti atau sight seeing yang dapat aku lakukan. Oleh kerana kami sampai pada awal pagi maka counter untuk connecting flight tu tak buka pun lagi. Adalah kami tunggu lebih kurang 2 jam .Dalam tempoh tu..tau-tau la traveling dengan anak2 kecil..kadang2 mengundang amarah dihati. Sorang nak tu..sorang nak ni. Sorang penat..sorang nak duduk..sorang nak makan..sorang kuat mengusik..sorang tak boleh kena usik..fuhhhhhhh..sabar....
antara karenah anak-anak sepanjang menunggu kaunter Air Canada untuk connecting flight di buka....
Setelah lebih kurang 2 jam menunggu barulah tiket settle. So satu lagi prosedur iaitu body check-up. Yang ni punya la siksa. Semua dia nak periksa. Jacket, tali pinggang, beg, kasut semua kena check. Lama juga nak sudah dia periksa tu.
Then, sampai la kami di ruang menunggu sebelum nak masuk ke perut kapal terbang. Kena check ticket, pasport n visa. Orang punya la ramai. Mujur kaunter kami tu orang masih belum ramai lagi so cepat la sikit processnya.
Alamdulillah kami selamat masuk ke dalam kapal terbang. Kami orang pertama pulak tu yang disuruh masuk. Mungkin sebab dia orang tengok aku dan suami bawa 4 orang anak so bagi can la masuk dulu. Staff tu cakap mulut lagi ke kita orang suruh masuk dulu. Hihi..
Dalam kapal terbang, cakap French la pulak. Tapi mujur la boleh gak dia orang cakap English. Bila tiba time makan..dia orang kata Muslim food tak de. sepatutnya kena confirm ngan Air Canada dulu 24jam sebelum tarikh. So sepanjang perjalanan yang mengambil masa masa 8 jam ni kami jadi veggie...

No comments:

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List