Monday, February 16, 2009

1 TAHUN BERLALU

Assalammualauikum wrt.........

Hari ini Febuari 16, 2009 genaplah setahun aku berada di Quincy, Massachusetts, USA. Banyak perkara pahit manis selama berada di rantau orang ini. Jauh dari keluarga, sanak-saudara dan kawan-kawan. Semangat dan jati diri kena kuat. Alhamdulillah.....suami dan anak-anak ada bersama. Aku ada tanggungjawab pada mereka semua. Kalau diikutkan masa baru-baru sampai aritu nak je ajak suami balik Malaysia semula. Sebelum ni kami duduk kat FPISB Kechau B, Kuala Lipis, Pahang. Suami aku kerja kat Kilang Sawit Tersangberulang sejauh 70km. Aku lak berulang sejauh 80 km pergi balik kat SK (Pos) Betau.  Tinggal pulak kawasan kampung yang aman damai. Kiri kanan pokok kelapa sawit. Tinggal dalam masyarakat luar bandar. Mau tak kena kejutan budaya aku. Tapi sekarang alhamdulillah kami semua dah dapat membiasakan diri. Kami sampai sini pun dah ditetapkan oleh Allah Taala.

Kalau di imbas kembali semua orang tak sangka yang kami ni akan sampai ke negeri omputih ni. Orang lain tak sangka....aku dan suami lagi la beribu-ribu malah berjuta-juta kali tak sangkanya. Tapi ketetapan Allah Taala....kun fa ya kun. Maka sampai la kami di bumi US ni.  Sekurang-kurangnya kami dapat mencari pengalaman baru. Anak-anak dapat aku jaga sepenuh masa dan yang lebih utama kami ingin menjadi Muslim yang lebih beramal dan bertakwa dari yang sebelumnya. 

Jauh dah mengelamun ni........


Hari ni lak Presidents' Day kat US ni dan merupakan cuti umum. Apa lagi aku ajak la suami aku pergi jenjalan. Tak g jauh pun. Downtown Boston je. Percaya tak.....masuk setahun kami kat sini ini lah kali pertama kami jalan kaki dan bergambar kat downtown ni. Biasanya hanya duduk dalam kereta je......Pukul 8.30 am kami dah sampai kat tengah-tengah bandar. Cuaca punyalah sejuk. Gigil-gigil anak-anak aku. 





Dah puas bergambar kami jenjalan dalam kereta lak. Pergi melawat masjid-masjid yang ada kat Downtown ni. Pusing punya pusing kalau ikut plan ada dalam 5 masjid yang kami nak pergi lastly jumpa 2 je, Islamic Society of Boston, 204 Prospect St,  Cambridge, MA 02139. Satu lagi Masjid iaitu Islamic Society of Boston Cultural Center (Roxbury), Tremont St. and Malcolm X Blvd., Roxbury, MA. Masjid ini antara masjid yang terbesar yang ada kat Boston ini. 





Masa kat Masjid Roxbury ni kami singgah kat Ansari Restaurant. Owner dari Somalia. Apa lagi bantai lunch la kat sini walaupun baru pukul 11am. Orang lain yang datang sume order breakfast tapi kami dah lunch dah.....nyam..nyam...nyam. Kebetulan Khadijah dan Hakim tido dapatlah aku menikmati lunch aku sepuasnya. Tapi tak abis pun banyak sangat...so  apa lagi tapau la.



Memandangkan masa masih awal....so kami singgah ke Castle jap. Bawa anak-anak g playground. Memandangkan sekarang nui masih winter maka tak ramai la orangnya.



Lepas masing-masing dah tak tertahan kesejukkan maka kami pun pulang. Lengkap la aktiviti jenjalan kami sempena meraikan genap setahun kami di sini.

2 comments:

CikguZue said...

salam,
walau duduk jauh, semakin byklah pengalaman hidup yg kita boleh dapat, insya-Allah.

gambar2 ni guna picnic ke? dah cuba guna Imikimi?

niar.aj said...

cikguZue

salam..
alhamdillah semakin banyak kita berjalan Insya Allah byk pengalaman yg kita dpt. Harapnya segala pengalaman tu membuatkan kita menjadi manusia yg lebih baik. Amin....

gambar tu pakai picnic. Posting pas ni nak try guna imikimi lak. Nanti tok gurunya kena comment ya. tq atas ilmu yg diberi.

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List