Thursday, February 26, 2009

WRENTHAM VILLAGE PREMIUM OUTLETS

Seperti yang dijanjikan hari ni kami ke Wrentham Village Premium Outlets. Lama dah plan nak datang sini tapi baru hari berkesempatan. Lepas hantar Rabiatul pergi sekolah aku terus ambil Ades kat rumah dia. Dalam pukul 845 am kami bertolak dari Braintree. Sampai dalam pukul 930am punyalah sejuk lebih kurang 28 darjah farenhait. Gigil2 anak2 kita orang.


Wrentham Village ni meruppakan antara salah satu tempat yang harus dilawati jika berkunjung kat Boston ni. Kalau dari Braintree lebih kurang 45 minit dan dari Boston 30 minit. Ada 170 outlet stores yang ada kat sini. Antara kedai-kedainya Banana Republic, Barneys New York, Burberry, Coach, Elie Tahari, Hugo Boss, J.Crew, Kenneth Cole, Lacoste, Nike, Polo Ralph Lauren, Saks Fifth Avenue Off 5th, Adidas, Coach, Gucci, Hugo dan macam2 lagi. Banyak gak brand yang aku tak pernah dengar...... siankan......

Tempat pertama yang kami masuk macam biasalah The Children"s Place. Pakaian untuk anak-anak. Disebabkan winter nak sampai ke penghujung maka pakaian untuk winter ni dijual murah. Banyak gak yang aku ambil semuaya dalam USD3 sehelai. Habis gak dalam USD50. Mujur anak2 tak meragam bolehlah mama-mamanya shopping sakan. Masing-masing dah gelap mata dah......hehehe.


Lepas loading pakaian anak-anak kami pergi tempat pinggan mangkuk Corningware Corelle Revere lak. Ingatkan nak usha je dulu pinggan mangkuk tu. Tapi bila dah masuk store tu...apa lagi gelap mata la. Macam-macam brand ada....Corelle, Corningware, Pyrex., Vision dan macam2 lagi. Aku tengok Corelle dia mahal dari Walmart lagi so tak de la beli lagi. Tapi Corningware dan Pyrex murah lak pulak. Apa lagi aku belilah beberapa set.

Dah letih jalan dan anak-anak dan mama-mamanya pun lapar apa lagi pergi tempat makan, order air dan masing-masing bukak bekalan dari rumah. Siap bawwa nasi beriani lagi. Habis lah satu bekas tu....lapar.

Agak-agak dalam pukul 2pm kalau tak kerana nak ambil anak dari sekolah aku rasa mau gak kami rounder lagi tapi oleh kerana masa tak mengizinkan kami pun berangkat pulang. Tapi target kami dalam bulan depan kanmi akan ke sini lagi. Tak puas la pulak.......Insya Allah







3 comments:

CikguZue said...

salam maulidurRasul.
masih sejuk lagi,ye di sana.
tempat2 shopping tu yg bestnye bagi kita ni biasanya pinggan mangkuk,kan. kat outlet sini pun macam2 ada tapi sampai tak tahu nak pilih yg mana...rambang mata. hehe...

niar.aj said...

cikguzue

salam maulidurRasul
sejuk lagi kat sini. Baru last week snow dlm 12 inci. Mungkin tu snow yg terakhir. insyaAllah
memang best shopping ni kan....standby beli awal2 utk ole2 bila balik msia nanti...

CikguZue said...

lamanya menyepi. ada tag nak bagi,ni...sila2lah menjengah kat blog kembara,k...semoga sihat2 dan baik2 belaka.

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List