Sunday, April 5, 2009

DOWNTOWN PROVIDENCE & NEW PORT, RHODE ISLAND

Assalammualaikum wrt

Lama dah tak update blog ni. Angah pun dah tanya ngapa blog lama tak update. Ntah lah busy kot........


Wokehh.....entri kali ini pasal aku dan family gi jenjalan ke Rhode Island.


Rhode Island ni merupakan salah satu negeri yang dibahagian northeastern US dan merupakan salah satu dari 6 negeri di bawah New England. Negeri yang paling kecil dari 50 negeri yang ada di US iaitu 0.03% dari keluasan US. Keluasaan lebih kurang 1,212 sq mi (3,139 sq km). Dari segi populasi lebih kurang 1,057,832 residents. (sumber : U.S. Census Bureau). Ibu Negerinya iaitu Providence merupakan yang ketiga terbanyak dibelakang Boston dan Worcester iaitu 175,255 orang. (New England sahaja) Rhode Island ini bersempadan dengan Massachusetts dibahagian north dan east, bahagian selatan pula ialah Atlantic Ocean dan bahagian west pula State Connecticut. Terdapat 38 pulau dan pulau terbesar ialah Prudence, Aquidneck (officially known as Rhode Island) dan Conanicut. Rhode Island juga dikenali sebagai The Ocean State. Negeri ni banyak pulau dan bersempadan dengan ocean sebab tu nickname dia The Ocean State.

Itu lah serba ringkas tentang Rhode Island

Kembara pertama kami ialah ke Ibu Negeri Rhode Island iaitu Providence. Masa tengah pusing2 nak ke tempat menarik kat situ kami terkejut jugak nampak satu kumpulan manusia yang tinggal dalam khemah di bawah jambatan. Tapi tak sempat pulak nak snap gambar sebagai bukti. Jangan ingat tinggal di US ni semua orangnya serba mewah tapi ramai juga yang homeless, pengemis etc.




























Destinasi pertama kami ialah Rhode Island State House iaitu tempat General Assembly. Cantik juga bangunan ini dengan bercirikan bangunan lama. Ia mengambil masa selama 9 tahun untuk disiapkan iaitu dari 1895-1904. Bangunan stinggi 3 tingkat ini mempunyai banyak bilik seperti State Library, Gun Room, Bell Room, Rotury State Seal, House Chamber etc.
Kami tak sempat masuk bahagian dalam sebab kami datang pun hari Ahad so bangunan tu tutup tapi kat dalam ni ada la aku download gambar dari internet buat tatapan semua.

Rotunda State Seal iaitu rangkaian tangga yang menghubungkan tingkat satu ke tingkat 2. Ianya boleh digunakan oleh apa saja tujuan seperti acara perkahwinan, keraian, protes, sidang akhbar etc





















Ini gambar-gambar kami tengah berposing kat State House

Dari State House tu kami singgah di Restaurant Kennedy Fried Chicken(KFC). Ownwer ini dari Malaysia iaitu berasal dari Sabah. Brother Amir kalau ikut dia cerita dia dah lama tinggal di Rhode Island ni. Isteri dan anak-anak dia masih di Sabah dan setiap 2 bulan(tak silap aku) sekali dia akan pulang ke Sabah melawat family dia. Fasih pelbagai bahasa seperti ENglish, Arab, Spanish, Latin dan sudah pasti berbahasa melayu. Pelbagai menu yang ada kat sini seperti ayam, burger, nasi, salad etc. Masa kami datang ni ramai pelanggan dia terutama berbangsa latin. Aku tengok dia mesra dan sentiasa tersenyum melayan pelanggan dia. Suami aku cakap teringat kat Mi Ayam yang jual ayam kat pasar Lipis tu. Senyum memanjang itu yang rezeki murah tu.















Lepas perut kenyang kami singgah untuk solat Zuhur di Islamic Center of Rhode Island iaitu Masjid Al Karim, Rhode Island. Besar juga lak masjid ni. Ada 2 tingkat dan pelbagai aktiviti boleh dianjurkan di dalam masjid ni. Masa aku datang ini sedang diadakan Sisters Conference dimana peserta dia dari Negeri di bawah New England.

















Lepas ni aku cerita pengalaman aku ke New Port lak. Insya Allah.

No comments:

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List