Sunday, April 19, 2009

DOWNTOWN PROVIDENCE & NEW PORT, RHODE ISLAND (2)

Kembara diteruskan ke kawasan New Port lebih kurang 1 jam dari Providence. New Port ini terkenal sebagai tempat pelancongan iaitu keindahan kapal-kapal dan rumah api serta pulau-pulan yang menarik. Dikenali sebagai America's First Resort. Antara salah satu tempat pelancongan yang menarik apabila sampai ke Rhode Island.





Apabila sampai di Newport ni kita akan melalui satu jambatan iaitu Newport Bridge. Panjang dan cantik gak jambatan ni. Bila sampai sini kita akan melalui satu pulau ke satu pulau. Rhode Island mempunyai 38 pulau dari pulau kecil hinggalah ke pulau yang besar.

Selepas itu kami terus ke Bandar Newport. Agak sesak juga bandar ni dengan para pelancong, deretan kedai-kedai, restoren, hotel dan kenderaan. Menarik bandar ni suami aku cakap sebab ia meningatkan dia masa dia belajar kat UK dulu.

Salah satu yang menarik di Newport ini ialah Newport Mansions. Newport Mansions merupakan rumah-rumah istana pada zaman dahulu yang dipulihara dan dijadikan salah satu produk pelancongan di sini. Antaranya ialah seperti The Brakers, Marble House, Kingscote, The Elms, Chateau-sur-Mer dan lain-lain lagi.



























Kami berposing depan The Astors Mansions















Lupa lak nama Mansions ni
Dari mansions ni kami terus ke pesisir pantai iaitu salah satunya ke tempat kapal-kapal pelayaran. Kebetulan sekarang ni masih spring dan suhu pun lebih kurang 43d farenhait so tak banyak la kapal-kapal yang ada di tengah lautan ni.















No comments:

EID IN BOSTON

EID IN BOSTON

My Blog List