






kami baru-baru sampai dalam bulan februari ari tu dah hujung winter. Snow pun dan la dua kali turun itu pun tak tebal sangat.
Sebelum acara makan...pinggan ni aku punya

habis dah.....kenyang......












Hari ini hari pertama anak aku bersekolah di bumi US ni. Aku dan suami masukkan dia di Mutanafisun Academy School, 470 South Street, Quincy kat Masjid Quincy, Sekolah ni jenis Islamic private school dan kami mengharapkan agar anak aku dapat menguasai bahasa arab dan inggeris sekali gus. Dengan harapan dia dapat memahami dan menguasai bahas Al-Quran. Itu tujuan utama kami di samping tu aku mengharapkan agar anak aku dapat membesar dikelilingi oleh masyarakat islam dari pelbagai negara yang penuh dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Insya Allah. Walaupun bayaran dia mahal sikit tapi aku rasakan ini semua berbaloi demi masa depan dia. Bukan aku tak nak masukkan dia di public school tapi aku dan suami agak takut dengan perkembangan anak-anak lebih-lebih lagi di US ni. Rasanya kalau tengok kat tv pun dah tahu......apa lagi aku yang tengok depan mata aku......takut gak.......
sekolah ok gak. Tak lah menangis bila sampai kat sana. Elok je masuk dan cikgu dia Sister Hether (black America) suruh aku tinggal je kan dia. Aku
tunggu kat luar jap kot-kot dengar dia nangis tapi alhamdulillah berjaya.
Assalammualaikum.wrt....
Lupa lak aku nak ucapkan Selamat Ulang Tahun buat anak-anak aku Rabiatul Adawiayah (13 Ogos) ke 5 tahun dan Luqmanul Haqqim (18 Ogos) ke 3 tahun. Hari tu sempat gak
kami sambut tapi buat kami sekeluarga je. Lepas amik dia balik dari summer camp terus g beli kek kecik jekat Roche Broos dan sambut kat rumah. Kalau tak sambut nanti, kang anak aku yang sulong aku panggil kakak tu mesti tanya....."ari tu masa Khadijah mama ngan ayah beli kek nape masa kakak dan akim tak beli". So untuk tak menghampakan mereka kami beli la kek untuk dia. Yang pasti mereka sangat gembira.
Aku mengharapkan anak-anak aku ni akan membesar menjadi anak-anak yang baik akhlak dan budi pekertinya. Menjadi orang-orang yang beriman, soleh dan solehah, dapat berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Amin........Buat kakak dan Akim, i luv u so much.......muahhhhh
bertolak dalam pukul 9 am. Aku siap tapau...... bawa nasi lemak sambal tumis udang lagi. Senang sikit nak makan on the way nanti. Maklumlah kat sini susah sikit nak dapat makanan halal.
Sepanjang I-90 West banyak gak R&R disediakan. Lebih kurang 4 jam lebih drive baru kami berhenti kat satu perhentian nama dia Iroquois Travel Plaza. Biasalah gi restroom, beli dunkin donut sikit, makan makanan yang aku tapau tadi, luruskan balik badan yang dah penat duduk ni dan macam-macam lagi la. Lebih kurang 1/2 jam lepas tu kami gerak balik. Sempat gak aku amik buku room savers. Buku ni diberi percuma amik je kat travel plaza tu. Dalam permerhatian aku offernya memang murah tapi banyak syarat-syaratnya. Antaranya kena walk in booking, tarikh tertentu saja dan lain2 lagi. Dalam aku belek-belek buku tu anak aku khadijah buat kek lak so kenalah singgah satu perhentian lepas tu mujurlah dekat kalau tak bau satu van.
Dalam dok perati pemandangan kiri kanan tak sangka lak dah sampai kat Buffalo, maknanya dah tak jauh lagi nak sampai Niagara Falls.
Masa sampai kat tol Buffalo ni punya la jammed....panjang...macam kat KL la pulak.
Tapak dia kat open parking n dia letak kerusi meja kat situ. Owner dia asal dari India. Kira business anak beranak la. Suami, isteri n anak dia. Masa aku makan kat situ terasa macam makan kat Lipis je. Dah lama tak makan tempat open macam ni sambil angin sepoi-sepoi bahasa. Pehhhhh.....sayu beb....Kalau korang ada rezeki datang Niagara Falls ni pasal nak cari makanan halal jangan risau....pegi je tempat ni. Aku selama kat sini hari-hari makan kat sini...mudah, dekat n sedap. Antara menu dia Shish Kebab with rice, Tikka Kebab atc. Tapi bab harga tu...satu set makanan dalam USD10 la. Ada nasi, lauk n sayur. Korang agak sendiri la mahal ke murah.........
Lepas perut kenyang kami g ronda-ronda kat State Park tu. Jalan kaki je. Kalau naik kereta USD10 parkingnya. So kami anak beranak berjalan kaki la ke sana. Sampai kat situ tengok sungai Niagara pehhhhh punya lah besar. Airnya deras kalau jatuh kat sini sure tak jumpa punya. Besar dan besih. Kami sampai kat satu tempat air terjun. Besar gak air terjun ni tapi aku tengok
lain la pulak. Aku ingat ni la Niagara Falls nya tapi takkan kocik bonar.....mushkil den. Pelancong sebelah ni tanya aku ni je ke falls nya. Aku cakap ya la kot....tapi aku mushkil gak lagi ni...... Lepas bersiap amik gambar semua kami gerak semula nak balik hotel. Letih dalam kereta tadi pun tak habis lagi. So sambil tengok olimpic game last-last kami semua hanyut.......zzzzzzzMasa aku tengah layan internet ni aku jumpa la blog "ambe anak kelatan" (wakafbharukelate.wordpress.com) Sayu gak aku membacanya.....so aku post la kat sini. Harap kita dapat bersama-sama berkongsi ilmu dan mempertingkatlah tahap keimanan kita. Amin
Allah berfirman: “Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.” “Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”
wallahu’alam
Hari ni suami aku cuti. So kami bercadang nak g zoo, Franklin Park Zoo, New Englang. Kami g empat beranak je sebab anak sulong aku ikut rombongan sekolah dia ke sini. Saja je aku ajak husband aku coz nak tengok anak aku bergaul ngan kawan-kawan baru dia. Masa aku sampai, anak aku tak sampai lagi so kami pusing-pusing dulu la.
Dalam perjalanan kami nak kuar dari zoo, baru aku selisih ngan anak aku serta group sekolah dia. Dah besar dah anak aku. Dah pandai berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan sekolah dia. Sayu hati aku........menitik gak la air mata aku. Aku ni memang sedih sikit kalau pasal anak-anak.